Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Perbandingan Perbelanjaan malaysia dengan perbelanjaan risikan US 2007

Menurut Ketua Risikan Mike McConnell (dalam gambar), kerajaan Amerika telah membelanjakan sebanyak $43.5 bn untuk kerja Risikan 2007. Ia adalah dua kali ganda jumlah yang diterima pada tahun 1997 dan 1998 kali terakhir budget risikan diumumkan kepada orang awam. Bagaimanapun beliau tidak mendedahkan agihan secara terperinci. Peruntukan tersebut telah diterima oleh 16 agencies. Laporan dari Assiciated Press telah menyatakan budget ini adalah termasuk lebih kurang 100,000 orang yang terlibat dalam kerja penganalisa risikan dan perisik. Ia juga termasuk program satelite berteknologi tinggi, kapal terbang, komputer dan software. Di antara agensi yang menerima adalah the Defence Intelligence Agency, the National Security Agency and FBI intelligence programmes, dan juga agensi dalam negara and Jabatan Perbendaharaan.

Anggaran perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri (RM 2b), Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (RM 4b), Kementerian Pertahanan (RM 8b) yang secara tidak langsung terlibat dalam kerja risikan dan penganalisa risikan cuma Rm14b dari keseluruhan perbelanjaan negara sebanyak RM 112 b.

Perbelanjaan perbelanjaan perisikan US dengan perbelanjaan negara Malaysia. Perbelanjaan keseluruhan malaysia $ US 31,384,980,000.
(RM3.60=$1 dollar).

rujukan:

news.bbc.co.uk
www.treasury.gov.my

Isu perlantikan Ketua hakim Negara

Tun Ahmad Fairuz bin Sheikh Abdul Halim telah dilantik menjadi Ketua Hakim Mahkamah Negara pada 2003. Sebulan selepas perbualan telefon ini Ketua Hakim Negara Mohamed Dzaiddin Abdullah yang dilantik semenjak 20 December 2000 telah digantikan oleh Tun Tun Ahmad Fairuz bin Sheikh Abdul Halim
Perbualan telephone antara Peguam VK Lingam dengan seseorang yang telah menimbulkan kontrovesi perlantikan Tun Ahmad Fairuz sebagai ketua Hakim Negara. Video perbualan tersebut telah dilayari sebanyak 35,357 kali sejak sebulan diletakkan dalam Youtube.com.

Kebebasan Akhbar Di Malaysia

"This year, Malaysia cannot make the same claim of scoring higher than all the other Asean countries, as we are behind Cambodia (85) and Indonesia (100) while in the Asia-Pacific region, we are behind Taiwan (32), Japan (37), South Korea (39), Hong Kong (61), Timor-Leste (94), Bhutan (116) and India (120)."Lim Kit Siang - Blog

"Malaysia’s worst performance in press freedom dropping by 32 spots to 124th ranking in 2007 Press Freedom Index signals the end of Abdullah Badawi’s promise that he has big ears to hear the truth" Dapmalaysia

Kenyataan dalam blog Lim Kit Siang di atas yang menyatakan rangking Malaysia lebih tinggi daripada semua negara Asean adalah tidak benar. Pada tahun 2007 Singapura (141), Laos (161), Thailand(135), Burma (164) dan Filipina (128) jauh lebih tinggi dari Malaysia. Beliau sengaja tidak meletakkan negara di atas. Kenapa? Adakah beliau cuba memutar-belit fakta dengan tidak meletakkan negara Asean yang mempunyai ranking lebih tinggi dari Malaysia. Laman web DAP pula cuma meletakkan negara 3 negara seperti Kampuchea (85), Timor-Leste (94) or Indonesia (103). Negara yang mempunyai ranking tinggi dari Malaysia tidak dimasukkan.

Bagai mana maklumat index ini diperolehi? Menurut http://www.rsf.org. Mereka (Reporters Without Borders) akan bertanya kepada 14 Organasasi bebas yang menjadi "partners" mereka diseluruh dunia. Mereka telah menerima sebanyak 130 soalselidik dari wartawan, penyelidik, aktivis yang telah menjawab 50 soalan tentang kebebasan akhbar di negara mereka. Index ini merangkumi 168 negara.

Pada tahun 2006, media di bawah Abdullah nampak lebih bebas apabila rangking Malaysia adalah ke-96 dari 113 pada tahun 2005. Walaubagaimanapun rangking meningkat pada 2007 ke-124. Ada beberapa isu yang telah meningkatkan rangking ini antaranya adalah isu

1. Website editor malaysia-Today Raja Petra Kamarudin yang telah disoal siasat oleh Polis selama 8 jam.
2. Isu Nathaniel Tan, pembantu kepada Anwar Ibrahim yang telah ditahan oleh Polis selama 4 jam yang membawa isu rasuah dalam blog beliau.

Menurut Paris-based Reporters pada 27 Julai 2007 saya kenyataan Menteri di Jabatan perdana Menteri Datuk Nazri Aziz, yang telah mengugut untuk memenjarakan tanpa perbicaraan ke atas blogger ini. kenyataan ini semua telah menujudkan keadaan seperti tiada kebebasan akhbar di Malaysia.

Adakah kebebasan bercakap di bawah pemerintahan Abdullah tidak ada? Kalau kita kaji semasa pemerintahan Mahathir sukar Ahli Parlimen berbahas secara terbuka dan mengkritik dasar kerajaan.

Abdullah mahu media perdana sensetif dan bersikap bertanggungjawab dengan memikirkan kesan terhadap negara dan masyarakat majmuk malaysia. Tidak ada negera di dunia yang memberi kebebasan kepada akhbar sepenuhnya.



AL- MAUNAH - Rashia dalam rahsia

Peristiwa Bukit Jenalik, Sauk, Perak pada 5 July , 2000 merupakan detik hitam dalam sejarah Malaysia. Dalam buku setebal 337 mukasurat bertajuk Maunah- Kebenaran Yang Sebenar ditulis oleh Zabidi Mohamed juga seorang peguam adalah bekas Al-Arqam yang juga penulis buku Arkam Tersungkur Di Pintu Syurga.

Buku ini sangat menarik kerana terperinci menceritakan apa yang berlaku dari awal hingga akhir. Ia harus dibaca oleh mereka yang ingin mengetahui cerita yang terperinci tentang Al-Maunah dan peristiwa di bukit Jenalik. Operasi Polis dan tentera juga diceritakan. Bagaimana pada masa itu Inspektor Razak dari Unit Gas Pemedih Mata, Pasukan Gerak Khas (Komando) Polis di Raja Malaysia dari Ulu Kinta, Perak, VAT 69 adalah orang yang pertama berbincang dengan anggota Al-Maunah iaitu Zahit Muslim yang juga bekas anggota VAT69 sebelum bersara dari pasukan tersebut. Ceritanya begitu terperinci sehingga kita dapat merasa kita berada di situ pada ketika itu. Operasi pasukan sniper Tentera yang dikenali sebagai Yankee Squadron yang telah membuat "outer-cordon" diluar kawasan bukit Jenalik juga ada diceritakan terperinci. Kekuatan tentera pada masa itu adalah 2 batalion.
Misi utama mereka adalah mengepung, menawan dan mengambil senjata. Buku ini menceritakan juga kisah sebenar selepas mereka ditangkap. Pengakuan oleh mereka terlibat. Kisah ini adalah benar kerana penulis sendiri adalah peguam kepada mereka.

Cerita dalam buku ini dapat memberi kefahaman kepada saya. Kenapa mereka boleh melakukan perkara tersebut? Kesimpulan yang boleh saya buat adalah apa yang berlaku adalah kerana
ketaksupan yang melampau kepada pemimpin mereka Mohamed Amin Mohamed Razali, iaitu Presiden Persatuan Persaudaraan Ilmu Dalam Al-Maunah.

Penulis menyatakan tiga tanda atau ciri-ciri orang taksub.

Pertama: Orang yang taksub tidak mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah.

Kedua: Jahil tentang agama.

Ketiga: Tidak mahu menerima pandangan orang lain atau orang luar dari kumpulan mereka.

Kesan dari memiliki ketiga-tiga tanda dan ciri orang taksub biasa memiliki akhlak yang kasar dan terlalu extreme.


"Prinsip rahsia dalam rashia". Prinsip ini telah memerangkap mereka sehingga mereka tidak berani mempersoalkan apa yang di buat oleh guru mereka Amin. Mereka telah ditanam dalam kepala mereka semua yang dibuat oleh guru mereka ada hikmah yang akan diterangnya kemudian. Pada mulanya mereka diberitahu oleh Amin hanya bertujuan untuk mengikuti latihan Persilatan peringkat tertinggi di Bukit Jenalik. Mereka tertipu kelicikan Amin kerana beliau menyatakan mereka akan dilatih oleh tentera. Mereka ditipu oleh Amin menyatakan mereka dikehendaki mengambil senjata di kem Tentera (kem Pos 2, Kuala Rui, Lebuh Raya Timur Barat, Grik , Perak). Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya mencuri senjata di kem Tentera. Suatu yang mustahil yang boleh dilakukan. Menurut Penulis kumpulan Al-maunah ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu mereka yang tertipu dan mereka yang masih menanggap mereka benar. Kisah di ceritakan selepas pada Januari 2002, penulis sendiri telah berjumpa dengan 2 orang yang telah dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun. Pada tanggapan penulis telah membuat pengakuan yang mengejutkan berbunyi;

"Kami buat tu semua atas nama Jihad. Yang kami salah cuma dari segi Undang-undang. Dari segi perlembagaan negara. Tapi dari segi agama apa yan kami buat itu betul. Memangpun dituntut agama" mereka menyatakan dengan nada yang sombong dan sinis.

Penulis dapat membuat pernilaian dari bahasa badan dan percakapan mereka berdua langsung tidak menampakkan rasa berdosa dan mereka merasa Allah menyebelahi mereka. Arah pemikiran yang mereka anuti bukan datang dari aliran pemikiran Islam yang sebenar. Fahaman mereka berceleru. Akidah Ahli Sunah Wal jamaah tetapi sebenarnya berkiblatkan Wahabiah. Fahaman politik Wahabiah pimpinan Sheikh Abdul Wahab. Penganut fahaman ini dengan bantuan ajen British, Lawrwnce of Arabia telah menjatuhkan kerajaan Uthmaniah secara kekerasan. Ini sama sekali bertentangan dengan Imam Al Ghazali adalah berdosa menjatuhkan kerajaan kalau sekalipun pemimpin dan pemerintahnya fasik. Ini adalah kerana tindakan secara kekerasan akan membawa kerosakan yang lebih besar. Ini adalah sebab kenapa sepajang sejarah perjuangan Ahli Sunnah Wal jamaah tidak pernah pemerintah dijatuhkan secara revolusi atau kekerasan. Amin telah merujuk kepada surah Al-Baqarah :190
dengan tafsiran yang sempit dan melampau dengan kejahilannya. Amin membuat penafsiran mengikut cara fahaman Qadariah yang mentafir Al-Quran mengikut hawa nafsu mereka. Jika ilmu cetek tidak dapat membezakan yang mana benar yang mana salah.

Kisah dalam buku ini boleh memberi kita pengajaran bahawa kita hendaklah patuh dan taat kepada undang-undang negara. Negara kita ada pemerintah. Kalau nak tukar pemerintah kena melalui saluran yang betul iaitu pilihanraya.

AL-MAU'NAH

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger