Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Pemimpin hebat dapat mengenalpasti orang bermasalah

Anda sebagai pekerja baru atau lama akan menghadapi pekerja yang bermasalah. Mereka yang bermasalah ini sering menimbulkan kekecohan dan menganggu hubungan mesra antara pekerja. Sekiranya anda biarkan ia akan menjadi virus-virus yang akan melumpuhkan sesuatu organasasi. Bersedia dengan ilmu yang dapat membantu kakitangan bermasalah.

Orang yang bermasalah ini adalah orang yang susah ditangani dan sentiasa menimbulkan masalah kepada anda. Orang yang bermasalah ini memerlukan usaha yang lebih daripada anda. Anda kena menjadi pendorong dan kadang-kadang perlu memberi lebih perhatian kepada mereka ini. Anda kena mengenalpasti mereka ini.

Orang yang bermasalah adalah mereka mendatangkan bahaya, ancaman, kerosakan tidak kira dari segi fizikal, batin, dan kelakuan kepada diri anda. Jangan menilai orang bermasalah dari segi faktor fizikal seperti berjanggut, rambut berwarna, rambut panjang dan pakaian selekeh. Masalah mungkin dari segi penampilan mereka tetapi tidak mendatang masalah lain. Saya tidak ingin membincang mereka yang diketogorikan bermasalah dari segi masalah dadah, jenayah gensterizem atau mereka yang hanya layak tinggal di penjara dan pusat memulihan. Biarlah orang yang pakar menyelesaikan masalah mereka.

Ciri-ciri orang yang bermasalah adalah:

  1. Prestasi kerja yang rendah. Mereka ini selalunya bekerja hanya cukup makan. Mereka bekerja hanya pada tahap asas. Iaitu prestasi kerja seperti kualiti, kuantiti dan hasil kerja yang rendah.
  2. Mereka yang menjadi parasit dan menganggu prestasi orang lain.
  3. Mereka yang membahayakan kumpulan, organasasi atau orang sekeliling. Biasanya perbuatan dan kekecohan yang ditimbul sering meresahkan unit,bahagian atau kumpulan.

Ketua yang bermasalah

Apabila saya menjadi fasilitator untuk Sistem Saraan Baru (SSM) seringkali mendengar rungutan-rungutan dari peserta tentang Ketua, Pengetua dan Gurubesar. Antaranya adalah seperti berikut:-

1. Ketua saya tidak berhati perut. Langsung tidak tahu masalah orang.
2. Ketua saya tidak tepati janji.
3. Ketua saya tidak bercakap benar.
4. Ketua saya selalu menyalahkan orang lain.
5. Ketua saya tidak berguna
6. Ketua saya suka menyusahkan dengan membuat kerja lebih masa.
7. Ketua saya tidak berfikiran konsisten. Sering berubah keputusan.
8. Ketua saya tidak berani menegakkan perkara yang benar.
9. Ketua saya tidak mahu menerima kesalahan diri.
10. Ketua saya tidak pandai memberi penghargaan atau ucapan terima kasih.

Ini adalah rintihan yang biasa kita dengar dari peserta-peserta ini. Masalah di atas banyak ditimbulkan oleh peserta yang telah bekerja 5 - 10 tahun bekerja. Semasa awal SSM kenegaraan lalu. Bagi pekerja baru amat kurang masalah ini di kemukakan. Banyak yang saya nak kupas kalau kita bincang satu persatu. Saya serahkan saja kepada anda. Bacalah artikel saya yang lalu. Mana tahu anda akan jumpa jawapannya.


Pemimpin Hebat - Membina Pertahanan

Ramai orang yang baru masuk kerja atau lepasan universiti tidak mengetahui cara berhadapan dengan kerenah pegawai-pegawai yang telah lama bekerja. Berbagai masalah yang akan mereka hadapi. Anda mungkin adakalanya terlalu berpengaruh sehingga menjejaskan pegawai-pegawai ini. Namun begitu persediaan macam mana anda harus buat untuk menangkis serangan mereka.

Bolasepak mempunyai strategi menyerang dan bertahan. Dalam permainan catur juga anda kena ada pertahanan yang kuat sebelum menyerang. Dalam pekerjaan dan organisasi juga ada yang menggunakannya. Mungkin anda secara sedar atau tidak anda telah mengunakan strategi ini. Nak atau tidak anda kena tahu strategi ini.

Pertahanan

Ramai pakar mengakui strategi yang terbaik adalah bertahan. Untuk membina pertahan yang baik anda kena tahu apa tugas, urusan, bidang dan berpengetahuan luas. Anda kena mula dari sekarang belajar dan dalami bidang tugas anda. Tiada jalan mudah untuk berjaya. Ilmu pengetahuan adalah perlindung yang utama untuk menjadi seorang yang hebat. Orang yang mempunyai kuasa pinjam atau mereka yang berselindung disebalik kuasa orang lain tidak dapat mengatasi kuasa ini. Orang begini tidak berupaya menandingi anda.

Ramai orang yang bijak berkata untuk bertahan anda kena menyerang. Menyerang dalam pihak yang bertahan. Anda bertahan sambil menyerang. Isu dan tuduhan yang dibuat oleh orang yang ingin menyerang perlu dibalas dengan cara berikut:

  1. Menjawab soalan dengan soalan.
  2. Minta dia membuktikan apa yang dikata olehnya.
  3. Sering menggunakan perkataan mengapa atau apa maksud awak?
  4. Gunakan teknik telinga pekak. Tidak kesah dengan serangan. Penyerang aka berputus asa dan berlalu.

Budaya orang Melayu jarang menyerang dengan berdepan. Sopan santun dan budi bahasa amat tinggi. Mereka sering menggunakan kiasan. Umpama nak tarik benang dalam tepung. Biarlah benang tidak berselerak. Kadang-kala serangan anda akan terima ketika bermesyuarat atau semasa di pejabat. Orang yang baru seringkali gagal membina pertahanan atau tidak sedia bertahan dengan fakta dan hujah penyerang. Lawan anda selalunya membuat ugutan untuk mendapatkan kuasa. Adakah mereka berkuasa?

Ada pelbagai setuasi yang menyebabkan anda di serang. Ia selalu ditimbulkan kerana ketidakpuasan sesuatu pihak. Apa yang anda buat, cadang, urus, ikhtiar, praktik tidak disokong oleh setengah pihak.

Anda tiada jalan lain kecuali menguasai dan mengawal orang yang sebenar-benarnya berkuasa. Dalam artikel saya lalu “tip pemimpin hebat menguasai org penting” telah saya ceritakan cara dan keadah menguasai mereka ini. Disini saya ingin ulangkan. Anda kena tahu apa yang dikehendaki, disukai, dibenci, kebiasaan atau suatu yang luar biasa orang yang sebenar-benarnya berkuasa ini. Anda telah mengetahui perkara di atas anda akan membantu dia mendapatkannya. Contohnya; Kalau dia suka anda hantar kerja tepat pada masanya. Jangan lengahkan kerja. Kalau di tidak suka anda datang akhir kerja. Anda kena turun kerja awal. Kalau menghantar laporan dia suka guna font Times Roman gunakanlah font yang dia suka. Kesimpulannya jangan dijadikan musuh orang yang sebenar-benarnya berkuasa. Kuasa mereka adalah pertahan yang terakhir yang anda ada.

Saya selalu berjumpa peserta kursus yang sering meluahkan rasa tidak puas hati dengan ketua, penentang ketua. 90% adalah guru-guru yang tidak suka kepada pengetua atau tidak setuju dengan tindakan pengetua. Mereka selalu mengkritik dibelakang. Membenci dan mengkritik bukan jalan penyelesaian untuk mempengaruhi orang yang sebenar-benarnya berkuasa. Bapa saya pernah berpesan kalau ada pun orang yang sebenar-benarnya berkuasa yang kita benci, ingat satu masa kita kena berdepan atau menggunakan kuasa dia untuk membantu kita.

Satu lagi, kesilapan orang yang baru tidak tahan menerima kritikan yang pedas dari ketua. Ketua yang pernah menjadi pekerja di zaman penjajah selalu bersikap biadap dan mengkritik yang melampau. Bekas Polis atau tentera memang dilatih cara ini. Cara yang mudah menghadapi mereka adalah “masuk telinga sebelah keluar telinga sebelah”. Sabar dan layan hati perasaan supaya dapat menerima. Ini adalah ujian rasa hormat kita pada dia. Anda anggaplah mereka sebagai bapa. “Orang tua biasalah”. Senyum adalah ubat paling mujarab. Ingat apa yang telah kita buat “kalau tidak ada angin masakan pokok tidak bergoyang”. Orang yang sebenar-benarnya berkuasa begini biasanya ingin menunjukkan kuasanya. Selepas mereka pencen atau tidak bekerja kuasanya akan hilang. Rasa hormat anda mungkin pada masa mereka berkuasa. Pendekatan begini tidak sesuai di masa ini. Ia sudah ketinggalan zaman. Buat masa ini mereka masih berkuasa. Anda kena ikut arus, kalau tidak tahan boleh berhenti dan cari kerja lain. Sampai bila anda nak mencari ketua yang sempurna.

Keadah pujian yang dinyatakan juga mempunyai kesan tidak baik kalau tersalah cara dan keadah. Ketua akan merasa pujuan tidak ikhlas dan seolah-oleh orang bawahan mempunyai kelayakan untuk memuji. Asas pujian apabila anda mahir dalam sesuatu perkara umpamanya anda mahir perisian powerpoint dan orang yang sebenar-benarnya berkuasa membuat sendiri slide powerpoint. Maka pada masa ini ada dikatakan layak memuji. Selalu gunakan teknik memuji menggunakan bahasa badan seperti mengangguk-angguk, isyarat jari atau apa-apa isyarat badan yang sesuai adalah lebih selamat. Ingat orang yang sebenar-benarnya berkuasa tidak suka pengampu/pembodek. Naikkan egonya dengan pujian kepada perkara yang tidak berapa diketahuinya. Jangan puji perkara yang dia sudah tahu. Puji pada masa kita tidak harap sesuatu darinya. Anggaplah orang yang sebenar-benarnya berkuasa seorang yang istimewa. Orang yang sebenar-benarnya berkuasa biasa sudah masak dengan puji-pujian begini. Dia tahu siapa pengampu dan siapa cakap tidak serupa bikin. Asas adalah anda jangan setuju atau nampak menjadi pak turut kepada semua perkara. Perkara kecil anda boleh kritik sedikit. Perkara pokok atau asas anda kena ikuti asal tidak melanggar batas adat dan undang-undang. Paling hebat anda sudah tahu bearing/ arah percakapan mereka. Contohnya Anda tahu dia bersetuju dengan keadah A, sebelum dia memberi pendapat anda akan memberi komen yang positif tentang keadah A.

Pandu arah supaya kita mencapai matlamat bersama. Apa juga cara yang digunakan susah atau senang. Arahnya kena satu. Mencapai apakah matlamat anda, syarikat dan organisasi. Apa juga perbalahan yang anda hadapi hendaklah balik kepada matlamat asal.

Sekian.



Kakitangan Meminjam Wang

Pernah anda menghadapi dilema hendak pinjam atau tidak kepada rakan-rakan atau rakan setugas. Masalah kakitangan atau kawan meminjam wang apabila hujung bulan sering dihadapi oleh kita. Ada yang mengadu tidak ada duit dan bermacam lagi. “Esok saya bayar”. “Terima nanti saya bayar” dan “bila dapat ‘claim’ nanti saya bayar” bergitulah kata-kat yang sering keluar dari mulut peminjam. Hati-hati. Sekiranya orang yang ingin anda pinjam adalah kakitangan anda sendiri. Anda mungkin tidak begitu kenal dengan mereka. Ada beberapa langkah yang perlu buat.

  1. Anda kena pastikan siapa mereka ini. Di mana dia bertugas. Apa tugasnya. Adakah mereka orang penting yang saya katakan dalam artikel saya.
  2. Bila dia akan bayar, adakah dia berupaya membayar balik dan bagaimana dia akan bayar.
  3. Kena tanya kalau anda tidak pinjam adakah mendatangkan masalah kepada mereka. Perhatikan air muka. Lihat bahasa badan , lihat pada mata hitamnya. Mereka yang berbohong tidak berani melihat mata kita. Ada yang telah mahir itu guna cara lain. Itu dikecualikan.
  4. Cuba tangguhkan dulu. Carilah apa-apa sebab. Pergi minta padangan rakan-rakan yang lain yang kenal peminjam ini. Minta nasihat mereka.
  5. Kalau orang ini tergolong dalam ketogori orang penting seperti dalam artikel saya yang lepas. Cuba bantu. Ingat anda nakkan mendapat pengaruhnya. Bukan senang nak dapat pengaruh orang yang sebegini. Kalau anda tidak ada wang anda kena cari jalan penyelesaian kepada masalah dia. Cadangkan sesuatu yang boleh anda beli daripada dia. Sesuatu yang anda perlukan. Ingat bagaimana Nabi Mohamad S.A.W menyelesaikan masalah ekonomi umat Islam dalam artikel saya yang lalu.
  6. Biasanya yang nak pinjam duit bukan nak dengar syarahan anda.
  7. Jangka masa pendek kalau anda terpaksa juga meminjamkan wang kepada dia. Cuba dulu dengan nilai kecil. Nilai kecil adalah nilai yang anda rasa tidak membebankan anda. Nilai yang jika dia tidak bayar anda boleh anggap ia adalah sedekah. Walaupun anda ada beribu wang. Jangan bagi jumlah yang dia minta. Jangan. Anda tidak kenal atau tidak pernah pinjam kepada dia. Cadangkan dia meminjam wang baki daripada kawan-kawan lain. Cara ini dianggap selamat kerana anda tidak menyebabkan anda dianggap anda kedekut. Anda mungkin hilang pengaruh. Ingat kalau dia tidak bayar juga hutang kepada anda. Kali kedua dia meminjam anda minta dulu wang yang dia pinjam yang pertama. Cara ini biasa berkesan menjadi sebab anda tidak meminjam lagi kali ke dua. Kesalahan bukan diletakkan kepada anda lagi.

Ramai kakitangan yang menghadapi dilema hutang “Along” juga agak serius sejak akhir-akhir ini. Mereka seperti dalam ketakutan yang amat sangat kalau tidak dapat bayar hutang. Seorang kakitangan saya yang menghadapi masalah ini beberapa tahun lalu. Dia seorang pekerja yang baik. Saya sungguh simpati dengan nasib rakan saya itu. Tiap-tiap bulan dia selalu minta pergi traveling untuk menambahkan pendapatan. Tidak dapatlah nak hantar tiap-tiap bulan. Saya telah bawa dia berbincang tentang masalah dia.

Hasil daripada perbincangan itu, dia telah membayar semua hutang Along dengan membuat pinjaman dari Koperasi. Tidaklah dia membuat pinjman dengan bunga yang tinggi. Nasib baik hutang along rakan saya itu tidak sampai RM10,000. Belum dalam tahap kritikal. Masih boleh diselamatkan.

Saya telah minta dia ubah cara hidup beliau. Kalau ada belanja yang boleh dikurangkan. Kurangkan. Hasilnya dia telah mengambil tindakan menamatkan langganan Astro, telefon dan rokok diberhentikan. Dia telah belajar buat simpanan. Buat potongan gaji RM20.00 dalam semua akaun yang beliau ada Tabung Haji, ASSAR, ASB dan Koperasi. Kalau ada tiga atau empat akaun anda tidak akan sanggup pergi korek duit di banyak tempat dalam satu hari. Satu atau dua tempat sahaja. Dua lagi akaun selamat. Dia juga telah membuat perubahan kepada dirinya dengan menggunakan motosikal turun kerja. Awal pagi dia akan hantar kuih-muih untuk dijual di beberapa gerai dan tengahari dia akan ambil duit hasil jualan. Isterinya juga sudah mula belajar menjahit baju. Baru-baru ini saya berjumpa dengan dia menggunakan kereta pacuan 4 roda. Rakan saya itu telah senang kerana kegigihannya. Dia benar-benar telah insaf. Dia mengambil jalan terlibat dalam perniagaan MLM. Saya bersyukur dapat membantu dia walaupun tanpa menggunakan wang ringgit saya sendiri.




.


Dilema Pegawai Baru

Anda pegawai baru menghadapi dilema menyesuaikan diri dalam dunia pekerjaan. Atau anda baru keluar universiti dan mendapat pekerjaan amat bernasib baik. Atau anda berpindah ke bahagian baru atau pejabat baru. Tip-tip pemimpin hebat yang saya beri dalam minggu lalu diharap dapat memberi sedikit keyakinan kepada anda. Tidak ada rugi kalau mencuba, bukan. Tugas anda sebagai seorang pekerja tentunya mengurus. Anda kena jelas perbezaan di antara pemimpin dan pengurus. Pengurus mahu kerja disiapkan. Pengurus melibatkan kerja dangan benda. Pemimpin adalah mereka yang merancang, mendorong, mengatur stretegi. Anda juga boleh mempraktikkan macam mana mengesan, mengenali dan ciri-ciri orang-orang penting dalam pejabat anda. Kenapa mereka penting? Semuanya telah saya bincangkan dalam artikel lalu. Teknik untuk mempengaruhi mereka juga dinyatakan. Mungkin ada cara lain yang dapat difikirkan. Anda yang baru bertugas akan dapat bersedia menghadapi tugas yang mencabar ditempat baru. Kerja dan manusia. Saya harap pengalaman dibawah akan dapat dikongsikan bersama. Politik pejabat walaupun anda tidak suka, anda kena tahu pendekatan membuat pertahanan dan menyerang. Sediakan payung sebelum hujan.

Sebagai orang baru anda bersemangat. Anda akan menjadi perhatian semua. Sentiasa ada mata yang akan melihat anda, berminat bertanya, berminat mendekati dan tidak kurang juga yang tidak peduli. Saya faham perasaan tersebut sebab saya pernah merasanya. Apa yang harus anda buat? Anda hendak bekerja. Anda perlukan kekuatan dan bantuan untuk melangkah lebih jauh. Anda tidak mahu menjadi seorang pekerja yang hanya membuat kerja atau mengurus. Balik rumah dan esok sambung lagi kerja yang sama, begitulah sehingga anda bersara. Sambil bekerja apa salahnya anda membina pengaruh. Anda tentu hendak menjadi seorang yang berpengaruh dan boleh mempengaruhi orang. Kawan saya yang mempunyai gaji lebih RM10,000 bekerja dengan sebuah Syarikat Minyak di Bintulu. Gaji yang besar tidak menjamin kepuasan. Saya masih ingat kata-katanya. Pada satu masa nanti duit banyak dan gaji besar tidak menjadi begitu penting. Pada masa itu anda perlukan pengaruh dan kuasa.

Sesuatu kerja yang diminati tentu menyebabkan kita bekerja tanpa mengharapkan apa-apa ganjaran. Gaji adalah hak kita. Kalau kita ikhlas bekerja dan mempunyai maktlamat jelas insyallah anda akan berjaya. Banyak persediaan yang harus kita buat sebelum berjaya. “Belajar dan baca” dua perkataan yang diucapkan oleh ketua saya bila mula-mula bekerja di sebuah jabatan kerajaan di Sarawak. Pada masa itu saya merasa saya paling bersemangat nak bekerja. Bagaimanapun bagi yang belum menempuh alam pekerjaan atau bertukar tempat baru. Artikel ini diharap dapat membantu dan meleraikan delima sebagai pekerja baru.

Anda akan diberi tanggungjawab oleh ketua. Buktikan kepada mereka, mengambil anda bekerja tidak merugikan. Apa yang penting keinginan mahu belajar suatu yang baru. Apa yang anda belajar di Universiti, Kolej atau Politeknik tidak semestinya sama dengan tugas anda sekarang. Kalau yang bekerja dalam bidang masing-masing anda amat beruntung. Dengan membaca artikel ini, anda akan mendapat berkongsian pengalaman. Anda dapat mengetahui apakah perkara penting yang harus anda buat dan ketahui sebelum memulakan tugas. Anda akan diterangkan apa yang perlu anda buat sebelum anda mula bekerja dan semasa ada bekerja ditempat baru. Anda diberitahu bagaimana cara dan dimana nak mendapat maklumat. Jadi anda kena teruskan membaca.

Sebelum melapor diri

Fasa ini adalah satu peringkat anda mengumpul maklumat tentang bahagian baru atau tempat kerja baru anda. Maklumat yang penting adalah.

  1. Dimana lokasi anda bertugas.
  2. Bahagian mana anda akan bertugas
  3. Bagaimana anda nak pergi ke sana
  4. Berapa orang pekerja yang ada. Bangsa pekerja juga perlu anda ketahui. Ini untuk menyediakan pemikiran anda. Saya memberi contoh ramai di antara pekerja adalah dari bangsa Cina. Anda kena ketahui apa yang orang cina tidak suka. Bagaimana anda nak menjalin hubungan rapat dengan mereka.
  5. Jumpa dengan mereka yang boleh memberi gambaran tepat tentang suasana dan keadaan tempat kerja baru anda. Contoh pandang sahabat yang mengenali bakal bos kita adalah seorang yang “ kerja ikut buku”.
  6. Pakaian yang sesuai yang harus anda pakai semasa bertugas. Kalau di suatu pejabat baru menggunakan baju Melayu pada hari Jumaat. Anda kebetulan melaporkan diri pada hari Jumaat. Hebatkan hari pertama anda sudah nampak sudah pandai menyesuai diri dengan mereka. Begitu juga sebaliknya.

Maklumat ini penting sebagai persediaan awal mental anda. Persediaan awal ini penting supaya ada tidak terkejut dengan budaya kerja ditempat baru anda. Mungkin budaya kerja ditempat baru anda tidak sama dengan tempat yang anda pernah kerja atau membuat kerja praktik dulu.

Semasa Melaporkan diri

Semasa melaporkan diri gunakan pakaian yang sesuai. Bawalah dokumen yang diperlukan untuk melapor diri. Jumpa dengan pegawai yang berkenaan. Ada tidak perlu risau tentu ada ramai yang ingin membantu. Rasa rendah diri semasa melapor kali pertama di tempat kerja baru adalah perkara biasa. Perasaan ini biasa menyebabkan anda kurang selesa.

Semasa Bertugas

a. Berkenalan

Minggu pertama adalah masa untuk berkenalan. Kenalkan diri anda kepada semua orang. Ketua unit anda mungkin memperkenalkan diri anda kepada rakan sekerja. Selepas itu terpulang kepada anda. Kalau tempat kerja anda luas dan banyak bahagian atau unit pasti mendatangkan masalah kepada anda. Langkah seterusnya ambil kesempatan berkenalan ditempat mereka selalu orang berkumpul seperti bilik rehat atau bilik Kopi dan kantin. Gunakan masa rehat di tengahhari contoh selesai solat untuk mengeratkan perhubungan. Tunjukkan kemesraan anda. Kenalkan diri anda dengan menyebut nama anda. Sebutlah nama yang mudah diingat kalau nama anda panjang. Mereka biasanya lupa kalau anda sebut nama yang panjang. Tak apa nanti mereka akan tahu nama anda juga. Dr. Fazley Yaakob penasihat mortivasi AF 4, dalam Berita Harian 23.6.06 menyatakan keakraban menjadi benteng membina kekuatan dan keyakinan diri. Apabila anda sudah mengenali mereka anda akan dapat bekerja dengan lebih baik. Bantuan mudah anda dapat kalau mempuyai ramai kawan.

b. Kepentingan maklumat

Maklumat diera globalisasi ini umpama emas dan kuasa. Banyak sumber maklumat yang anda boleh dapat. Maklumat hendaklah di tapis dengan betul. Ada kena ada beberapa orang yang dapat mengesahkan maklumat -maklumat ini. Jangan malu bertanya kepada orang yang lebih pengalaman. Tidak kira siapa walaupun mak cik tukang cuci pejabat, driver bos, budak pejabat atau pembancuh kopi di pejabat anda. Mereka ini penting untuk anda mengumpul maklumat. Budak pejabat biasa mengetahui tabiat dan perangai orang yang dipejabat termasuk bos anda. Pembancuh kopi tahu apa yang disukai oleh bos atau rakan pejabat anda. Mungkin ada makanan yang disukai oleh mereka. Mereka lebih mengetahui kerana telah lama bertugas di pejabat itu. Cuba dapatkan apa sahaja maklumat. Terima sahaja maklmat tersebut. Maklumat yang harus dikumpul adalah seperti berikut:

  1. Maktlamat tentang Jabatan, pejabat dan syarikat, termasuk budaya kerja, cara sesuatu kerja dilakukan dan suasana pejabat sebelum ini.
  2. Pendapat tentang sikap dan perangai rakan sekerja anda.
  3. Kenal pasti pekerja bermasalah dan pekerja cemerlang.
  4. Masalah-masalah yang dihadapi oleh pekerja.
  5. Perkara yang boleh dilakukan dan tidak.
  6. Kes - kes displin yang telah dibuat oleh orang yang terdahulu.
  7. Pengiktirafan yang diberi
  8. Siapa yang paling berpengaruh selain bos kita.
  9. Cara penyelesaian masalah yang biasa dibuat dipejabat kita.

Kenapa perlu mengumpul maklumat ini. Saya akan terangkan nanti. Ada kena tahu maklumat disekeliling untuk menjadi seorang yang hebat dan dikagumi. Maklumat yang dikumpul membolehkan anda mengatur langkah untuk mencapai maktlamat anda. Masalah, isu kerja dan penyelesaiannya kena dibincangkan secara tidak formal dahulu dengan rakan-rakan. Ini akan menambah kehebatan anda pada pandangan ketua kalaulah pendapat anda diminta nanti. Maksudnya anda telah memikirkan isu dan masalah yang bakal timbul sebelum ia menjadi hangat dan perlu penyelesaian. Kalau anda boleh menyelesaikan masalah ini, tawarkan bantuan anda kepada bos. Bos anda semestinya ada banyak kerja lain yang hendak dibuat. Tugas anda adalah untuk memudahkan kerja bos. Bukan menyusahkannya. Saya pernah menawarkan diri menyelesaikan masalah pekerja-pekerja Islam di pejabat saya. Cuma 38 Melayu Islam daripada 120 orang pekerja dipejabat saya. Masalah tidak tempat surau yang selesa, masalah displin kakitangan, masalah hubungan dengan pekerja lain agama hingga ke masalah keluarga. Walaupun bukan bidang tugas anda. Anggap mereka sebagai keluarga anda. Masalah mereka dikongsikan bersama. Menjaga dan mengawal manusia ini merupakan suatu yang tidak mahu dilakukan oleh ketua kita. Mereka tiada masa. Mudahkan kerja mereka. Buatlah sesuatu aktiviti yang boleh membuat anda berkumpul bersama rakan-rakan sekerja. Semasa di pejabat atau diluar waktu pejabat. Kalau anda sudah biasa mengendalikan masalah. Anda dapat merasakan 50% daripada mereka boleh menyelesaikan masalahnya sendiri. Maksudnya kebanyakan dari mereka nak kita dengar bukan nak kita selesaikan masalah. Jadilah pendengar yang baik. Cuba gunakan orang yang penting yang dihormati membantu anda. Mereka telah lama bersama pekerja bermasalah ini. Tidak perlu saya bincangkan di sini. Tunggu dalam artikel akan datang cara menyelesaikan pekerja bermasalah. Anda kena selalu bertanya khabar mereka. Ambil berat tentang masalah kebajikan mereka. Bantu mereka menyampaikan masalah kepada ketua anda. Gunakan saluran yang betul. Ingat ketua kita tidak suka dikritik. Mereka tidak suka orang yang pandai-pandai atau terlalu pandai dari mereka. Ingat, gunakan pendekatan ide ini bukan ide anda tapi ide bos. Mainkan ego mereka. Jangan lebih-lebih. Serdahana.

Bagaimana nak dapatkan maklumat

Kemahiran mendapatkan maklumat adalah bergantung kepada keupayaan kita mendekati mereka yang bermaklumat. Banyak cara untuk mendapatkan maklumat. Perkara asas adalah bertanya. Hadir pada majlis rasmi dan tidak rasmi. Bertanya, cerita, dengar dan analisa. Perkara penting anda kena pandai dan tahu gaya percakapan pemberi maklumat. Cakaplah perkara yang dia minat. Tunjukkan anda berminat dengan apa yang dia cakap. Layan dan dengar. Kalau dia seorang yang pro bos atau tidak anda kena tahu sebelum bercakap. Ikut arah angin yang bertiup. Ini akan membantu anda mendapat maklumat yang anda inginkan. Apabila seorang seronok bercerita dan bercakap dia akan lupa anda hendak maklumat. Ada juga yang pandai simpan. Jangan cantas atau hentikan percakapan semasa dia seronok bercakap. Tahankan keinginan diri anda dari memberi sebarang komen. Ingat anda bukan yang nak bercerita tapi nak dapat maklumat. Maklumat pekerja, sikap orang , kekuatan dan kelemahan mereka juga anda kena dapatkan. Ia penting bila anda nak buat pertahanan pada diri.

Seorang yang leser atau pedas bila berkata-kata, kawan bos, sahabat bos yang sama bermain badminton atau golf. Apabila anda tahu sikap mereka anda akan berhati-hati kalau nak membuat kritikan. Mereka ini biasanya mengunakan pendekatan membangkang bos. Pendekatan negetif ini biasanya boleh membuat anda terperangkap dan mereka ini akan menjadi batu api untuk melagakan anda dengan bos anda. Cara paling selamat jangan kritik terbuka. Pada peringkat ini tidak perlu anda mempunyai perisik. Mungkin mereka menjadi perisik anda tanpa mereka sedari. Kecekapan mendapatkan maklumat penting akan menyebabkan anda sentiasa bersedia.


Anda kena ada kemahiran mengurus manusia dan kerja. Anda jangan lemah semangat bila diberi suatu tugas yang tidak pernah anda buat. Janganlah menjaja kelemahan anda tidak tahu membuat itu dan ini. Ingat, anda boleh buat. Latihan anda di Universiti atau Kolej telah mengajar anda membuat sesuatu kerja dari tidak tahu atau kosong kepada sesuatu hasil kerja untuk dihantar kepada pensyarah. Kejayaan anda mengesan orang penting disekililing tempat kerja anda akan membuat kerja anda bertambah mudah. Cuba wujud suasana mesra dengan mereka. Kenalpasti apa yang mereka suka. Cuba rapat dengan mereka. Pengaruh dan kuasa tidak akan datang dengan sendiri. Kalau diberi peluang membuat sesuatu yang dianggap tidak berkaitan dengan tugas seperti booking padang futsal. Anda tawarkan diri. Masa awal kerja anda kena menjadi seorang yang boleh buat apa sahaja yang orang lain tidak sanggup buat atau tidak ada masa nak buat. Anda kena jadi pengikut yang baik sebelum menjadi ketua yang berpengaruh atau pemimpin yang hebat. Cuba permudahkan kerja ketua anda jangan menambahkan lagi masalah mereka. Kalau ada di antara rakan sekerja yang ada masalah cuba bantu. Ingat! Mungkin ada yang nak mengambil kesempatan.

Pemimpin kena tahu membezakan pemimpin dan pengurus.

Pemimpin adalah melibatkan manusia. Pemimpin mementingkan perkara. Mereka akan mengalakkan, mendorong, merangsang dan melatih manusia. Mereka juga menilai dan memberi ganjaan. Pemimpin adalah sumber ilham dan pencetus semangat kepada orang bawahan. Pemimpin yang baik akan dapat memberi dorongan dan mempengaruhi orang. Mereka juga mampu mengerakkan kumpulan supaya mengikuti, taat, sanggup bertungkus lumus dan komited pada tugasnya. Mereka juga mempunyai kemampuan menurunkan kuasa supaya orang dibawahnya lebih bebas bertindak.

Manakala pengurus mengurus benda-benda. Mereka adalah yang mengawal, mengarah, mengatur, mangawal manusia dan bukan manusia dibawah tanggungjawabnya. Pengurus sibuk dengan penyata tahunan, untung rugi, belanjawan, rancangan tahunan, carta organasasi dan bermacam lagi laporan.

Tip Pemimpin Hebat - Cara memujuk terima ide baru

Seringkali anda menghadapi masalah memujuk orang menerima ide baru. Tak kiralah ide itu dari anda atau dari ketua anda. Individu yang keras kepala selalu menentang tidak kiralah ide itu baik atau tidak. Anda yang telah berjaya mengenalpasti orang penting seperti dalam artikel saya sebelum ini. Anda dapat mengunakan mereka ini untuk menyampaikan ide anda. Bagaimana memujuk mereka menerima pendapat anda.


Anda cuba naikkan egonya. Biar dia fikir ide baru itu adalah dirinya sendiri dan mempercayai dialah yang memikirkannya. Apa yang anda perlu buat adalah mencadangkan ide menggunakan pendekatan ide bersama. Gunakan perkataan “ Kita ” dan minta pendapat dia tentang cadangan anda. Pertimbangkan cadangan dia, kalau baik. Tidak salah kalau ide dia dapat memperkayakan ide kita. . Asalkan maktlamat anda tercapai. Cara yang hendak dilakukan tidak penting. Ada beribu cara nak lakukan sesuatu. Kalau cara yang dapat memberi kebaikan dan keselesaan kepada mereka, terima sahaja. Apa yang penting adalah ide kita dapat diikuti. Percayalah mereka suka membuat sesuatu kerja yang mereka sendiri cadangkan. Mereka akan membuktikan kepada kita dengan sungguh-sungguh. Jangan Gopoh. Anda kena bersabar. Anda perlu masa untuk supaya pokok dapat berbunga dan berbuah.

Bagi mereka yang masih menentang pendekatan seterusnya adalah dengan menyoal. Permudahkan soalan anda. Jadi pendengar yang baik. Timbulkan rasa penting dirinya. Rangka soalan dengan baik. Soalan hendaklah Khusus kepada maklamat anda. Tekankan perkara utama. Juga kepada perkara yang dapat menarik minatnya. Tanyalah soalan yang mudah difahami. Kata-kata anda hendaklah jelas dan tepat. Tanya satu persatu isu. Jangan gelojoh. Arahkan soalan kepada jawapan yang khusus. Gunakan “mengapa” dan “selain dari itu”

Ingat apabila dia menerima kelemahan dalam hujah dan pendapatnya dia akan menerima pendapat anda. Oleh itu beri peluang dia bercakap. Lebih baik dia menyedari kelemahannya sendiri. Kalau ditadirkan oleh Allah, Ide tadi bertambah baik. Terima saja.

Tip Pemimpin Hebat - Mencadangkan ide baru

Anda mungkin pernah membuat ugutan, paksaan dan ancaman supaya orang bawahan anda menurut perintah. Adakah cara ini betul? Ketua sebegini sering menakutkan pekarja dengan ugutan menurun pangkat, pemberhentian, pemindahan, pengantungan kerja dan menarik balik keistemewaan. Anda yang hendak mencadangkan ide dan keadah baru untuk mengatasi masalah atau kerja sering kali mendapat penentangan dari orang dikeliling.

Bukan mudah nak mengubah tabiat manusia. Sekiranya sesuatu kerja telah lama digunakan. Anda mungkin merasa dengan cara di atas saja orang dibawah anda akan menurut perintah anda. Mungkin ada cara lain, tapi baca dulu cadangan saya. Saya cadangkan anda mengunakan keadah ini.

Anda nyatakan dan bantu dia supaya memahami feadah yang dia dapat kalau mengikuti perkara yang anda suruh. Kalau anda belum jumpa feadah dan kelebihan. Anda cuba cari. Cari dan terus cari sehingga berjumpa. Manusia suka jika sesuatu perkara menguntungkannya.

Feadah yang hendak ditawarkan kena tepat pada masa dan diperlukannya.
Feadah tidak hanya dengan wang ringgit. Perkara seperti keselamatan, masa ,jaminan, kemudahan dan keuntungan kebendaan juga harus dipertimbangkan.
Gunakan cara komunikasi berkesan dan bertanya apakah feadah yang diperlukan. Tidak ada jalan lain nak mengetahui isi hati seseorang kecuali bertanya.

Menyoal atau bertanya untuk mencari kelemahan. Tunjukkan minat anda. Layan percakapannya. Jangan sampai dikuasai. Tanyakan soalan sehingga dia letih menjawab. Jangan nyatakan pandapat anda dulu. Simpanlah dulu. sabar. Sekiranya dia menyedari kelemahan dari hujahnya,dia akan menerima pandangan anda. Akhir sekali kalau idenya baik terima sajalah.


Bagaimana anda mengetahui dia belum bersedia menerima pandangan anda?

  1. Soalan ditanya soalan remeh-temeh. Kadang-kadang tidak ada jawapan.
  2. Soalan yang ditanya berulang-ulang.
  3. Mereka memberi ide bertentangan dengan anda, ingat manusia mempunyai ego yang tinggi. Mereka tidak sabar menunjukkan kepandaian mereka.

Bagaimana anda mengetahui mereka bersedia menerima pandangan anda?

  1. Membuat kenyataan yang ragu-ragu. Masa ini anda boleh menyerang. Dia bersedia untuk dipujuk dan mendengar.
  2. Bertanya soalan yang relevan. Dia mula bertanya mengguna keadah 5 H.
  3. Dia nak tahu feadah yang diperolehi.






Tip Pemimpin Hebat - Kuasa Pujian dan penghargaan

Semua manusia suka kepada pujian. Seorang yang dipuji akan merasa dia penting. Manusia akan lakukan apa sahaja untuk menjadi penting. Cuba anda tenung dan fikirkan sahabat anda yang tidak begitu penting dalam kerja. Mereka adalah individu penting ditempat lain seperti persatuan, kesatuan, badan kebajikan, jawatan kuasa surau atau masjid, Pertubuhan berunifom.

Feadah memberi pujian adalah anda akan dapat sokongan padu tidak berbelah bahagi. Mereka akan patuh dan taat kepda anda dengan cara sendiri atau sukarela. Apa yang anda perlu lakukan adalah memuji mereka. Bukan sekali tetapi berulang kali.

  1. Anda akan dapat ramai kawan dan tiada musuh.
  2. Orang sanggup berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu anda mencapai maktlamat anda.
  3. Anda akan dikagumi dan dihormati
  4. Hati dan fikiran seseorang akan menyebelahi anda
  5. Mendapat kuasa yang tidak terhad.

Anda kena belajar teknik yang betul untuk memuji. Ucapkanlah kata-kata penghargaan. Mereka mudah terpengaruh kepada kalau anda selalu memberi kata-kata pengiktirafan dan penghargaan. Sudah pasti mereka akan sikap lebih terbuka kepada pendapat anda. Seorang ketua yang tidak pernah memuji dan selalu mengkritik akan dibanci. Hakikat kritikan lebih banyak memburukkan keadaan. Saya tidak katakan anda tidak boleh memberi teguran. Ia tidak akan menghalang anda untuk bertindak membetulkan keadaan dan melaksanakan tindakan displin. Teknik menegur mestilah betul dan tepat. Jika pekerja membuat kesilapan tegur dengan baik. Tunjukkan cara yang betul untuk membuat sesuatu kerja. Nyatakan sebab dan fakta yang jelas. Nasihat dan berbicara tanpa disedari anda sedang membetulkan kesalahan. Jangan ...saya ulangi jangan menegur mereka bila anda sedang marah. Gunakan pendekatan memuji. Memuji kenalah sesuai. Jangan lebih-lebih nanti dikatakan menyindir.

Seorang pakar psikologi dan pengurusan James K VanFleet menyenaraikan 16 langkah membetulkan kesalahan seseorang

  1. Tunjukkan kesalahan seseorang secara tidak langsung
  2. Dapatkan Fakta berkaitan dahulu.
  3. Sekiranya temubual rasmi diperlukan, tnentukan masa dan tempat
  4. Jangan hilang sabar semasa menegur kesalahan orang bawahan
  5. Selalu bermula dengan pujian dan penghargaan
  6. Cadangkan cara penyelesaian
  7. beri peluang pekerja bercakap.
  8. Pertimbangkan fakta dan bukti tanpa prejudis
  9. Sekiranya perlu dihukum, padankan kesilapan dan individu terlibat (Hukuman hanya untuk membetulkan kesilapan)
  10. Beri pilihan kepada seseorang untuk menentukan hukumannya.
  11. Feadah yang akan diperolehi
  12. Akhiri temubual dengan pujian dan penghargaan yang ikhlas
  13. Puji setiap peringkat mestipun sedikit
  14. Menetapkan sasaran atau tahap untuk diikuti.
  15. Buat temubual kedua jika perlu
  16. Jangan terlalu kerap membetulkan keadaan

contoh:-

bagus betul awank ni.tetapi............
hebat awak ni.tetapi ..........
cekap awak mengendali orang tadi tetapi............

Seorang pengetua yang saya kenal mengunakan pendekatan ini menegur kakitangannya. Kakitangan yang ada bermasalah akan dibawa masuk ke biliknya. Dia akan memberitahu kerani diluar beliau tidak mahu diganggu. Dia sengaja melafaskan " tidak mahu diganggu sehingga jam...............". Kakitangan itu tahu masa yang diberi untuk mereka bercakap. Pekerja tadi akan merasa dia penting. Pendekatan memuji memang selalu dibuat oleh beliau. Lembut tapi tegas macam Pak Lah.

Beliau juga selalu menaikkan ego kakitangan dengan menyatakan mereka penting, mereka sangat diperlukan, tanpa mereka susah saya nak buat, hanya awak saja yang boleh menyelesaikan tugas ini dan saya bangga dapat bekerja bersama awak. Pujian dan penghargaan ini selalu dibuat dikhalayak ramai. Pendekatan beliau amat membantu meningkatkan prestasi kakitangan. Rasa hormat kepada orang yang mengunakan pendekatan di atas selalunya tinggi.

Rumusan

Guru pernah berpesan jika kita menerima pujian, kembalikan pujian itu kepada Allah kerana Allah sajalah yang layak untuk dipuji. Lawan puji adalah kritik. Anda kena ingat jika anda menunjuk seseorang dengan satu jari, empat jari akan kembali kepada anda. Maknanya kalau anda mengkritik seseorang tidak mustahil anda akan menerima kritikan balik. Artikel saya yang lalu ada menyatakan kekuatan dalam seseorang. Seseorang yang mempunyai kekuatan dalam yang hebat tidak akan menghiraukan kritikan sekira apa yang dibuatnya adalah untuk kebaikan semua. Apa yang benar akan diketahui oleh orang juga walaupun bukan pada masa sekarang. Kita akan mendapat balasan penghargaan dan pujian. Anda kena ingat ikhlas membuat sesuatu dan niatkan kerana Allah. kalau kita tidak dapat balasan di dunia tetapi pasti ada di akhirat. Jika mereka membuat dengan cara yang konsisten dan ikhlas anda akan menjadi pemimpin yang hebat.




Tip Pemimpin Hebat - Cara menguasai orang penting


Anda semestinya nak berjaya dalam kerjaya. Salah satu kemahiran yang diperlukan adalah menguasai orang penting. Anda mungkin diberi peluang menjadi ketua atau bercita-cita nak jadi ketua. Ayuh teruskan bacaan anda. Saya akan ceritakan tip menjadi pemimpin yang dapat menguasai orang penting. Sebelum kita mula. Kenapa anda kena menguasai orang penting ini. Anda jangan lupa kerjaya anda amat bergantung kepada sejauh mana anda dapat menguasai mereka.


Kepentingan menguasai orang penting

1. Anda akan dapat mengawal ramai orang.

Anda akan dapat mengawal ramai orang melalui orang penting ini. Seseorang pemimpin yang hebat seperti Nabi Muhamad berjaya mengawal orang penting Mekah seperti Siti Khadijah, Saidina Abu Bakar, Saidina Omar, Saidina Osman, Saidina Ali dan ramai lagi. Mereka sanggup berkorban untuk baginda. Kehebatan kerajaan Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansyur Shah adalah disebabkan dapat menguasai Bendahara Tun Perak yang bijak dan pendekar Hang Tuah yang perkasa. Tun Mahathir Muhamad berkuasa kerana dapat menguasai pemimpin seperti Najib, Abdullah Badawi, Anuar Ibrahim dan ramai lagi. Pehin Seri Taib Mahmud dapat memerintah dengan gemilang di Sarawak kerana menguasai pemimpin berpengaruh dari pelbagai kaum dan etanik di Sarawak. Sekarang anda nampak kepentingan menguasai orang.

2. Anda dapat menjimatkan masa dan tenaga.

Anda seringkali menhadapi masalah tidak cukup masa. Masa itu emas. Adalah penting menguasai orang yang boleh membantu memudahkan dan meringankan tugas anda. Anda memerlukan orang lain bagi membantu anda berjaya. Anda seharusnya segera mengenalpasti orang yang boleh membantu anda. Lebih cepat anda mengenali mereka lebih cepat anda akan berjaya. Tumpukan usaha dan tenaga anda kepada orang penting disekeliling anda. Cepat kenal pasti orang penting ini. Jangan buang masa memberi perhatian kepada orang lain.

Orang penting dapat menjimatkan masa dan tenaga anda untuk mengambil sesuatu tindakan. Anda cuma perlu mengenalpasti orang yang menjadi tunjang yang dapat mengerakkan tindakan anda. Orang tunjang atau orang tonggak selalunya beraksi dan bertindak.

3. Anda akan berjaya mendapat sokongan dan dorongan

Jangan ragu-ragu berjumpa dengan orang penting. Cari peluang untuk bercakap, bersemuka, bertukar pendapat, memberitahu anda kehadiran anda dan anda wujud di dunia ini. Anda lakukan apa sahaja untuk rapat dengan orang penting ini. Buat temujanji dengan mereka. Bawa mereka minum. Bercakap dengan mereka. Orang Sarawak kata selalu "ngabas" iaitu menziarahi. Apabila anda mendapat sokongan mereka kejayaan akan menyusul.

4. Anda boleh menjadi ketua yang hebat

Orang penting ini mempunyai auranya tersendiri. Aura itu akan melekat pada anda jika anda dapat menguasai mereka. Jangan salah faham orang penting ini cuma bos kita. Tidak. No....No. Wujud ramai pemimpin tidak rasmi yang anda kenal di tempat kerja anda. Mereka ini merupakan pengerak kepada sesuatu aktiviti. Mereka boleh jadi pencetus sesuatu perkara atau isu. Mereka mungkin pengacau yang selalu mendatangkan masalah kepada anda. Anda perlu kenal mereka sebelum menguasai mereka. Bagai mana. Teruskan membaca.

Mengenali orang penting

Orang penting adalah adalah orang yang melibatkan diri dengan banyak perkara. Orang ini selalunya menjadi rujukan dan panduan. Orang penting ini mudah mengambilalih ketua dengan mudah. Mereka ini sering melibatkan diri dan bukan penonton kepada tugas. Orang ini mempunyai naluri dan dorongan yang tinggi untuk bertindak, mengerakkan dan menyelesaikan sesuatu perkara atau tugas. Siapa mereka? Anda kena kenal individu ini. Anda kena tahu kenapa orang itu penting. Kegagalan mengenali atau sengaja mengabaikan orang penting menyebabkan kegagalan kita dalam menguasai mereka. Kita juga tidak dapat mengunakan mereka untuk membantu kita.

Ciri-ciri orang penting merangkumi pelbagai aspek.

1. Mereka merupakan penyelesai masalah. Mereka selalunya akan memberi ide yang baik pada masa anda memerlukan. Mereka akan cuba mengenalpasti masalah sebelum sesuatu masalah timbul.

2. Mereka biasanya yang paling menonjol dalam satu kumpulan. Mereka merupakan pemimpin yang sentiasa menjadi rujukan oleh mereka disekililing. Sikap, pembawaan dan cara bercakap mereka begitu berkarisma dan meyakinkan.

3. Mereka sentiasa bersedia, cekal dan tabah membuat sesuatu tugas yang diamanahkan dimana orang lain tidak sanggup memlakukannya. Mereka ini merupakan orang yang diharap oleh ketua.

4. Mereka ini mempunyai daya ingatan yang tajam, ide mereka bernas dan meyakinkan. Sentiasa bersemangat dalam menyampaikan ide. Biasanya ide dia akan diterima dan diikuti oleh semua orang.

5. Mereka mempunyai pengetahuan yang luas dalam pelbagai bidang. Minat dan gigih dalam mencari ide baru untuk menyelesaikan masalah semua.

6. Mereka merupakan pemimpin tidak rasmi sesuatu kumpulan. Jangan pandang rendah mereka walaupun mereka bukan ketua rasmi. Mereka mungkin pekerja yang lama dan mendapat penuh kepercayaan dari ketua kita. Mereka ini biasa mempunyai hubungan diluar tugas dan mengenali orang atasan. Anda kena kenalpasti siapa mereka ini. Mereka mempunyai hubungan sosial yang terjalin kerana persahabatan lama, sama dalam organasasi , kaitan keluarga, agama atau bermain badminton atau mana-mana sukan bersama ketua kita atau orang penting lain. Orang penting begini wujud. Hakikat inilah yang patut anda terima. Gunakan mereka untuk menyampaikan sesuatu. Ide anda akan sampai kepada pihak atasan melalui orang sebegini. Merekaakan menyampaikan secara tidak langsung apa yang anda mahu. Propaganda juga boleh disebarkan melalui orang begini. Awas gerakgeri anda, percakapan anda. Apa yang penting kerja kena ikhlas. Kalau tidak mereka tahu anda berlakon dihadapan mereka.

7. Mereka merupakan pemikir yang hebat. Orang seperti ini selalunya kreatif dan kaya denga ide baru. Buah fikiran mereka bernas. Biasanya mereka tidak mahu atau tidak memegang jawatan yang penting. Jawatan ini mereka rasa menghalang mereka memberi ide yang bebas dan terbuka.

Cara mempengaruhi orang penting

Anda perhatikan persekitaran kerja anda. Mungkin ada seseorang yang yang akan diminta oleh pekerja mendapat nasihat, bantuan dan kepimpinan. Anda kena mengenalpasti ketua tidak rasmi ini supaya dapat bekerjasama dengan anda. Usahakan supaya orang sebegini menyelebahi anda dan semua yang lain akan ikut secara automatik.

Asas kepada mempengaruhi orang penting adalah kemesraan. Kebolehan anda berkawan dan mudah mesra dengan orang lain memberi kelebihan kepada anda. Semua ini tidak berguna kalau anda tidak mengetahui apakah perkara yang dia mahukan Keinginannya hendaklah di dalami dan difahami. Anda kena mengetahui perkara yang diceritakan, diluahkan dan perkara yang dibuatnya.

Seseorang akan bahagia apabila keperluan fizikal dan rohani mereka dapat dipenuhi. Keperluan fizikal ini seperti makanan, minuman, tempat tinggal, kereta dan pakaian. Keperluan rohani seperti tempat beribdah, keperluan beribadah dan bantuan kewangan untuk aktiviti keagamaan. Keperluan fizikal yang tidak seimbang menyebabkan perasaan tamak. Akan timbul perasaan ego dalam diri mereka. Pengetahuan keperluan fizikal dan rohani ini membantu anda mempengaruhi mereka. Biasanya cara ini tidak tahan lama.

Artikel saya yang lepas dalam blog ini saya menyatakan motivasi intrinsik iaitu apabila kita digerakkan oleh perkara dalaman seperti maktlamat, keghiarahan (passion) dan misi. Ia lebih kuat mempengaruhi orang penting ini. Ini adalah kerana tidak semua orang boleh memenuhi cara pertama iaitu keperluan fizikal dan rohani. Kewangan anda yang terhad menyebabkan anda menggunakan cara kedua ini. Anda boleh gunakan cara pertama dengan memberi jalan dan bantuan kepada mereka dalam memenuhi keperluan fizikal dan rohani.

Seterusnya, mempengaruhi orang penting adalah dengan bertanya keinginan dan bantuan yang dapat anda berikan kepada mereka. Ia adalah perkara yang asas dalam sesuatu perhubungan antara manusia. Ringan-ringankan diri untuk membantu mereka. Kalau mereka ada jemputan kahwin, makan selamat atau hari jadi pergilah menzirahi mereka. Kalau mereka sakit pergi ziarah mereka di hospital atau rumah. Percayalah ini dapat mambantu anda. Mereka bukan nak duit anda tetapi mereka nak perhatian dan ingin merasa mereka penting. Ada beberapa pekara yang diingin oleh orang seperti pengiktirafan, pujian, kerja yang menyoronokkan, gaji yang adil, kenaikan gaji, perhatian, mengatasi masalah peribadi, suasana kerja yang baik dan jamian kerja. Mungkin tidak semua yang dapat anda penuhi kerana polisi Jabatan dan Syarikat tetapi mereka nampak anda cuba membantu dan menyelesaikan. palaing kurang yang anda dapat lakukan adalah mendengar rintihan dan masalah mereka.

Seni Bertanya dan dapat maklumat

Anda kena bertanya kalau nak tahu keinginan seseorang. Anda tidak akan dapat, saya ulangi tidak dapat tahu keinginan sebenar dimajlis rasmi seperti mesyuarat yang dihadiri oleh ramai pekerja atau pemimpin. Mereka akan berwaspada bercakap dan anda tidak dapat mengesan keinginan sebenarnya mereka. Mereka akan bercerita perkara yang ingin anda tahu sahaja. Anda kena jumpa orang penting ini secara tidak rasmi. Ambil peluang perjumpaan secara kebetulan atau tidak sengaja untuk bertanya dan mendengar luahan hati mereka. Ketika bersalam dengan orang penting seperti ini pastikan anda melihat pada wajahnya. Mata jangan lihat kepada orang lain. Tunjukkan anda benar-benar menghargai perjumpaan itu.

Jadilah pendengar yang baik. Anda kena banyak sabar. Anda kena tahan keinginan anda nak memberi komen atau cerita. Ingat anda nak dengar cerita bukan nak bercerita. Tunjukkan minat dengan mikik muka, pandangan mata, gerak tubuh dan bahasa badan yang anda tahu. Beri respon dengan perkataan mudah ya atau menangguk kepala. Tunjukkan anda bersamanya bukan ditempat lain. Tanya soalan yang berkaitan dengan keinginan dia. Timbulkan rasa penting orang yang sudah penting ini. Naikkan egonya dan anda kena ikhlas. Gunakan pendekatan 5 W. Who? What? When? Where? Why? Ia dapat membantu anda bertanya soalan yang khusus. Pendekatan 5 W ini biasa digunakan oleh pegawai penyiasat yang menyoal saksi. Seorang penjual seluar jean pernah bercerita pada saya tantang telatah pelanggannya. Pelanggan membawa balik seluar jean mengadu bahagian pinggang kecil. Peniaga bertanya soalan - soalan yang berkaitan. Peniaga telah dapat mengenalpasti keinginan pelanggan ini untuk diet. Ya, keadahnya jelas melihat kepada rupa fizikal atau situasi semasa dan bertanya soalan yang tepat. Pelanggan itu bersetuju saranan peniaga supaya seluar jean menjadi ukuran kepada saiz pinggang yang ideal untuk pelanggan tersebut. Nampak tak kehebatan mengatahui kehendak dan keinginan seseorang.

Fokuskan 3 perkara ini a) Apa yang anda ingin tahu b) Soalan yang membuat dia terasa penting c) Soalan yang dapat mengatahui maklumat dan keinginan dia. AWAS: Jangan bertanya soalan yang menyebabkan perselisihan. Dapatkan ide dia dulu. Jangan komen ide dia. Ingat maktlamat anda ingin mendapat maklumat keinginan orang penting. Perselisihan akan memburukkan keadaan. Gunakan kemahiran pendekatan perunding anda. Pendekatan perundingan adalah skil yang baik iaitu membantu mendapat apa yang mereka mahukan. Bertolak-ansur buangkan ego anda. Ingat ego anda akan merugikan anda. Biarlah "win win situation" kalau ada perkara yang bercanggah antara anda dengan orang penting. Dr. Fadzilah Kamsah menyatakan berundinglah dengan kepentingan bukan jawatan.


Rumusan

Setelah anda tahu apakah keinginan orang penting dengan seni bertanya. Anda dapat mengatur strategi untuk membantu dia mencapai keinginan beliau. Pertanyaan yang tepat memberi tindakan yang sesuai untuk menguasai orang penting ini. Menguasai orang penting menyebabkan anda berjaya dalam kerjaya, politik atau tugas. Semua orang mahu di sayangi, dihormati dan ingin merasa mereka penting. Anda kena jujur dan ikhlas membantu mereka mencapai maktlamat hidup mereka. Secara automatik orang penting ini akan mendorong kejayaan anda. Selamat berjaya.

Tip Membaca cara baru - Speed reading

Pada tahun 1998 saya pernah mengikuti kursus speed reading anjuran Jabatan saya. Kosnya lebih dari RM1300.00 seorang. Kami diminta membaca 10 karangan dan menjawab 15 soalan setiap karangan. Tiap-tiap karangan yang dibaca dan jawab menggunakan keadah-keadah speed reading yang akan anda baca nanti. Saya mendapati semakin cepat saya membaca sama sekali tidak ada menjejaskan pemahaman saya pada karangan tersebut. Cepat ke atau tidak saya tetap dapat jawab lebih dari 10 soalan dengan betul. Wah hebat ni dalam fikiran saya Sedia nak baca. teruskan. Gunakan keadah dibawah. Setelah habis kursus saya dapat memanufaatkan mengunakan teknik speed ini dalam pekerjaan. Saya sedar tidak semua oang dapat peluang menimba ilmu sebegini. Sudah lama saya nak sampaikan dalam blog saya ini. Bagi yang nak tip membaca cara cepat anda boleh teruskan membaca.

Sudah bersedia, mari saya terangkan perkara asas dalam speed reading. Anda teori sains cahaya lebih cepat dari bunyi. Selalu ingat konsep asas ini sebelum anda terus membaca. Teknik yang nak saya sampaikan ini sangat berguna. Teknik dan latihan yang akan anda baca akan membolehkan anda cepat membaca. Sebelum kita mula anda kena tahu kepentingan speed reading kepada kita.

Kepentingan perlu speed reading.

1. Kita dapat membaca dengan cepat.
2. Banyak buku dan artikel yang boleh dibaca
3. Boleh baca dengan cepat semua A to Z dalam surat akhbar.
4. Boleh buat kerja lain kerana masa membaca pendek dan berkualiti.
5. Boleh membaca buku banyak kali.
6. Hidup kita tidak lama. 60 - 70 tahun kira bonus. Fikirkan banyak perkara kita tidak tahu. Jadi mulakan membaca.
7. Meningkatkan keberkesanan kita berfikir dan mengingati sesuatu.


Keadah pertama: Jangan sebut, lihat dan gambarkan.

Anda kena lari dari membaca secara tradisinol. Membaca dengan menunjuk, menyebut dalam hati satu persatu huruf. Konsep pertama membaca keadah ini adalah membaca tanpa menyebut di mulut atau dihati. Anda akan menghadapi kesukaran pada mulanya. Bayangkan berapa tahun sudah anda mengunakan keadah tradisional ini. Saya dulu pun begitu.

Kebiasaan kita akan menyebut sesuatu perkataan dengan mulut dan di hati. Tekniknya lihat dengan mata dan diproses oleh otak tanpa melalui mulut dan hati. Ingat konsep "cahaya lebih cepat dari bunyi". Banyak masa yang dapat kita jimatkan.

Cuba gambarkan perkara yang anda baca. Buat cerita yang bersambung dalam fikiran anda. Keadah ini juga dapat membuat kita mempraktikkan fotografik memori. Tun Mahathir membaca berulang kali sehingga beliau boleh mengambarkan ayat dan mukasuratnya sekali. Berulangkali yang dimaksudkan adalah selesai semua buku dan baca lagi.

Cuba latihan ini, cari 15 gambar benda seperti dibawah:-

1. Kerusi
2. meja
3. Cawan
3. Buku
4. Pasu Bunga
5. TV
6. Tingkap
7. Pokok
8. Kereta
9. Perempuan
10. Lelaki
11. Komputer
12. Payung.
13. Hujan
14. Lori
15. Kereta polis


Anda boleh gunakan keadah manual atau Powerpoint.

Cara manual : Minta kawan anda tunjukkan satu persatu gambar yang saya nyatakan di atas. Flashkan satu persatu selama 2 saat.

Cara Powerpoint: Cari gambar dan masukkan dalam perisian powerpoint. Setkan masa dalam presentation powerpoint selama 2 saat.

seterusnya, Ambil kertas dan tuliskan nama gambar yang anda lihat satu persatu ikut susunan dalam kertas kosong. Susah bukan. Boleh ingat 5 - 10 benda tetapi tidak tersusun.

Cuba gunakan keadah yang saya berikan ini. Minta kawan anda tunjukan sekali lagi dengan cara yang sama seperti di atas. Sekarang cuba buat cerita dalam fikiran tentang benda yang kita lihat.

Lebih kurang begini dalam fikiran anda.

Anda duduk di atas kerusi, depan anda ada meja, di atas meja ada cawan. Nak baca buku tu, waduh cantiknya pasu bunga tu, TV tu besar. terang dan tajam warnanya dan seterusnya anda lihat melalui tingkap,lihat pokok besar, ada kereta dibawahnya, siapa punya, ada perempuan didalamnya, eh ada lelaki disebelahnya. mereka keluar kereta bawa komputer guna payung kerana hari hujan. Tiba-tiba lihat lori sedang di kejar kereta Polis.

Gambarkan cerita anda sendiri bila melihat gambar yang diflashkan tadi.
Tuliskan dalam kertas kosong benda yang dilihat tadi. Cuba bezakan markah yang anda dapat dengan selepas dan sebelum saya bagi tip di atas.

Latihan dengan gambar macam ni dapat membuat kita fokus dan cepat membuat gambaran. Kita lebih mudah ingat gambar daripda perkataan. Tip ini akan memudahkan kita mengunakan teknik membaca dengan cepat. Maklumat yang anda dibaca akan lekat dalam otak.

Keadah Kedua: Jangan ulang bacaan

Anda biasa membaca dan kerap kali menulang-ulang perenggan yang anda baca. Keadah mengulang semasa membaca ini menyebabkan kita lambat membaca. Anda rasa tidak dapat banyak dapat maklumat apa yang kita baca. Maklumat yang sama akan masuk dalam otak secara bacaan cepat atau tidak. Kalau begitu tak rugi anda membaca memcepat. Anda tak perlu khuatir tidak dapat ingat. Anda baca saja sampai habis. Memang ada maklumat yang kita baca lekat dalam memori otak kita. Otak kita mempunyai kapasiti lebih dari 10,000 buah komputer. Kita sahaja gagal membuka hard disknya secara maksimum. Gunakan keadah yang betul untuk memaksimumkan kapasitinya. Ingat jangan ulang semasa membaca. Orang yang mengulang akan menyebabkan dia lambat membaca. Fokus penting. Tumpukan kepada Kata kunci (key word)

Keadah Praktikal baca cepat

Saya akan terangkan keadah membaca cepat ini. Anda kena sabar dan praktikan apa yang saya nyatakan. Lagi saya Nabi Muhammad s.w.t mengajar kita mengulang bacaan 7 kali kalau nak hafal.

Maka, saya ulangi asas membaca cepat
1. Jangan sebut, lihat dan proses terus dalam otak dan
2. Jangan ulang.

Anda kena cari keratan akhbar. Kalau boleh di muka tengah yang ada artikel. Kalau tidak ada pinjam saja buku anak atau adik anda di tingkatan 3 - 5. Cara buku tek karangan bahasa Malaysia atau Inggeris.

Cara pertama

Anda akan membaca mengunakan bacaan satu persatu perkataan seperti biasa. Keadah ini bagi yang baru nak praktis baca cepat. Gunakan perkara asas di atas semasa membaca. Kalau sudah mahir tingkatkan kepada dua perkataan. seterusnya tiga hingga ke satu baris.

Cara kedua Baca dua baris sekali. Cara bacaan ini adalah bagi mereka yang peringkat awal penguasaan keadah speed reading. Cuba tingkatkan kepada tiga baris sekali. Ingat dua asas yang saya berikan di atas jangan sebut, lihat dan proses terus dalam otak dan jangan ulang.

Kalau anda membaca tiga baris sekali. Semasa membaca fokus di baris kedua sambil mata melihat baris pertama dan ketiga. Gambarkan Kata kunci.

Cara ketiga; baca satu perenggan sekali. Susah bukan. Satu lagi asas membaca dalam perenggan. Ide sesuatu perenggan biasanya boleh didapati pada perenggan pertama. kalau perenggan terlalu panjang bahagi kepada beberapa bahagian. Fokus kepada ayat yang menjadi keyword sesuatu perenggan. Susuh. Cuba dulu. Tak rugi mencuba bukan.

Keadah yang keempat. Bacaan ditengah. Fokoskan mata dibahagian tengah perenggan. Keadah bacaan ini adalah bacaan ke bawah bukan ke tepi dari kiri ke kanan. Anda kena baca macam orang cina baca atas ke bawah. Bahagikan satu mukasurat kepada tiga bahagian menegak. Gambarkan difikiran ada dua garis dalam buku anda. Jadi anda ada tiga bahagian semuanya.

Fokuskan mata dibahagian tengah. Mata secara serentak melihat sebelah kiri dan kanan perenggan. Bacaan anda adalah ke bawah. Ini merupakan keadah yang paling sukar dan jarang dapat melihat orang dapat menguasainya. Selepas mahir menggunakannya ketiga - tiga keadah di atas barulah fikir nak guna keadah ke empat. Keyword penting biasanya ada ditengah-tengah buku.

Nasihat Saya

Kunci kejayaan dalam speed reading adalah diri sendiri. Praktis dan terus praktis. Ada kawan saya yang boleh buat speed reading menyatakan tidak syok membaca tanpa menyebut. Katanya Keadah tradisional membaca biasa lebih menarik untuk buku cerita. Terpulanglah kepada anda nak guna atau tidak. Saya cuma memberi ilmu kepada yang ingin berkongsi dengan saya. Sebarkan ilmu walaupun satu ayat. Tak rugi mencuba bukan. Anda bukan kena bayar. Keadah secara ringkas telah saya turun kan. Terpulang kepada anda.

Ingat : Sebelum membaca, kena jelas nak guna speed reading atau keadah trasidional. Kena jelas sebelum mula. Ia tidak berkesan kalau buat setengah-setengah. Keadah mana yang hendak diguna kena diset dalam kepala dulu.

Bila nak Guna Speed reading

Setelah lama guna keadah ini. Tidak semua perkara yang dapat digunakan speed reading. Bahayanya anda akan tertinggal ayat-ayat yang penting seperti dalam dokumen pinjaman. Membaca buku cerita menjadi tidak menyeronokkan sebab cepat habis. Saya cadangkan kalau anda hendak membaca buku untuk peperiksaan gunakan keadah pertama. kalau anda rasa nak baca 2 atau 3 kali. Semasa bacaan pertama anda boleh gunakan keadah ke kedua atau tiga. Seterusnya bacaan ketiga anda akan menghalusi bacaaan anda mengunakan keadah pertama. Ingat konsep asas.

Konsep keempat adalah baik untuk mencari perkara yang penting dalam sesuatu buku atau artikel. Ini dapat menjimat masa anda nak buat kerja yang diberi guru atau pensyarah. Mereka yang hebat saja dapat guna keadah ke empat ini dalam semua bacaannya.

Selamat mencuba. Anda akan nampak hasilnya. Kalau anda sudah praktiknya. Ceritakan hasilnya. Email kepada saya happysus@gmail.com. Terima kasih, saya ingin berkongsi pengalaman dengan anda yang mencuba teknik di atas.

Sistem Kawalan Undi (SKU)

Sistem Kawalan Undi atau SKU. Ada yang menyebutnya JK 10. Bermacam lagi nama namun fungsinya tetap sama. SKU merupakan salah satu cabang jentera pilihanraya yang sangat penting. Ia biasanya diletakkan dibawah kaum wanita. Mereka dikatakan perayu undi yang baik. Bagaimana SKU berfungsi di Sarawak. Adakah ia berfungsi dengan baik?

Jika SKU tidak bergerak maka YB tidak tahu berapa orang yang dijangka akan mengundi mereka. Memang di Sarawak rata-rata YB tidak tahu berapa bilangan pengundi yang sokong mereka. Mereka mungkin cuma dapat memberi dalam peratusan orang sokong mereka. Tidak ada yang dapat beri jumlah berdasarkan maklumat dari SKU.

Tugas SKU memang mencabar dan memerlukan masa untuk mendekati pengundi. Apa yang patut SKU buat adalah mengkaji tingkah laku pengundi. Ada yang mengatakan kajian sikap pengundi. Dalam buku terbitan UNIMAS tulisan, Mohd Faisal Syam et.al 2002, mengkaji tingkah laku pengundi dalam perlimen Sarawak. Ia memberi dan menguji faktor yang difikirkan penting dalam mempengaruhi trend semasa pilihan pengundi dan mengkaji sejauh mana pengundi berubah.

SKU tidak diberi ilmu mengenai kajian sikap pengundi. Mereka boleh buat kerja ini kerana ada yang telah lama terlibat dengan parti. Proses penyaluran maklumat dan cara ia dibuat hendaklah ada keselarasan supaya hasilnya dapat membantu parti. YB biasa main rasa-rasa sahaja. Ini mungkin yang berlaku di bandar Kuching, 5 kawasan bandar majoriti cina kalah. Senario politik sekarang telah berubah, pembangkang telah mengunakan pendekatan gorilla untuk memacing undi. Kalau kita perhatikan semasa proses mengundi ditempat mengundi. Pihak parti Keadilan Rakyat misalnya telah mengunakan keadah penyaluran maklumat yang tersusun dalam mengetahui maklumat dan bilangan pengundi keluar mengundi. Pada jam tertentu mereka telah menghantar orang mereka ke tempat mengundi. Wakil mereka di dalam akan memberitahu bilangan yang sudah keluar mengundi. Walau kita fikir ia tidak penting tetapi ia boleh membantu kita mengatahui penyokong kita yang belum keluar mengundi. Tindakan boleh dibuat segera. Bahagian pengangkutan boleh mengambil pengundi yang belum membuang undi.

Kekalahan SUPP di 7 kawasan majoriti cina sememangnya mengejutkan. Kalau mereka dapat mengesan kekalahan sebelum undian tindakan segera mungkin dapat menyelamatkan mereka. SKU mereka bekerja atau tidak saya pun tak pasti. Pengkaji Politik seperti Chin Ung Ho menyatakan faktor yang mempengaruhi pengundi cina adalah faktor wilayah dan kebimbangan terhadap hegemoni politik orang melayu yang cuba membawa UMNO ke Sarawak. Mereka memberi sokongan padu kepada SUPP supaya status quo mereka dapat dikekalkan.

Dalam piliharaya baru-baru ini, DAP merupakan parti semanjung memainkan isu “Cheak and balance” dalam kempen mereka. Selain dari isu tempoh pajakan tanah dan mangsa kaki judi. Apa juga isunya, kalau SKU memainkan peranan mereka semua isu ini akan dapat di atasi. Inilah akibatnya kalau salah satu jentera pilihanraya lumpuh. Adakah SUPP mempunyai ramai jentera untuk menjaga banyak pengundi di kawasan bandar. Di kawasan Bandar jumlah pengundi ramai mencecah sehingga 24,000 orang dalam suatu kawan Dun. Ini pasti menyulitkan kerja parti. Proses pengzon kawasan berdasarkan peti undi telah dibuat oleh semua parti komponen BN negeri. SKU hendaklah dilatih dan di kenalpasti dari sekarang untuk menawan kerusi pada pilihanraya parlimen tahun 2007.


Emak saya pernah cerita kalau dulu orang parti pergi rumah ke rumah ajar bagai mana nak pangkah. "Kini kenapa tidak ada?" Katanya . Ada SKU yang cuma hantar resit mengundi seperti disetengah kawasan di Samariang dan Tupong. Tiada keluar di mulut mereka undilah calon kami. SKU menjaga kawasan yang besar juga mendatangkan masalah. Samariang dan Satok ada kawasan yang tidak dilantik SKU. Kaum ibulah yang dikatakan pandai memujuk. SKU ini diserahkan kepada kaum ibu atau wanita.

Adakah mereka ini tahu maklumat apa yang hendak dikumpulkan. Maklumat pengundi seperti pengundi luar, pengundi mati, pengundi akan turun mengundi, sikap mereka kepada parti kita. Berapa ramaikah SKU membuat temujanji keluar mengundi? Ini adalah penting untuk mempastikan penyokong kita keluar mengundi. Adakah SKU tahu mereka dibawah jagaan mereka keluar mengundi atau tidak? Boleh dikatakan kebanyakan 26 kawasan Melayu (PBB) di Sarawak tidak dibuat langsung kajian ini. Cara berkempen hendaklah diubah. Masa sudah berubah, pengundi semakin sukar nak di ramal.

Adakah latihan dibuat kepada SKU ini. Siapa yang akan membuat latihan kepada mereka? Tugas mereka tidak dijelaskan dengan terperinci. SKU hendaklah menjadi seperti nenek dan cucu. Maksudnya SKU tidak boleh bergaduh, bertelagah atau bertengkar dengan pengundi yang dijaga. SKU Cuma boleh bermain dengan emosi mereka yang dibawah jagaannya. Mereka kena kerap melawat pengundi dibawah jagaan mereka. SKU yang akan mengesan dan mengenalkenalpasti orang yang dijaga. Jika sudah mengenalpasti SKU akan menyerahkan tugas ini kepada Perayu Undi. Inilah peranan Perayu Undi. Puteri UMNO hebat buat kerja ini. Kes yang menyelak kain dulu adalah kerana perayu undi yang hebat dikawasan pembangkang. Perayu Undi dibuat oleh orang lain bukan SKU. SKU tidak akan berkesan menjadi perayu undi kepada pengundi yang dijaga. Tugas YB hendaklah banyak bersalam dan mengenalkan diri bukan berceramah. YB hendaklah nampak baik. Maki hamun hendaklah diserahkan kepada penceramah lain. Di Sarawak nampak terbalik. YB yang banyak maki hamun. Pengundi akan muak dan merasa tidak baik seorang YB memaki hamun orang lain.

Peranan Perisik. Di dalam tentera unit ini merupakan tunjang kekuatan mereka. Mereka ini yang mengumpul maklumat. Persediaan yang berkesan dapat dibuat lebih awal untuk membalas serangan musuh. Jangan dianggap mudah unit ini untuk memberi kemenangan kepada parti. Anggota Parti hendaklah dilatih menjadi perisik. Maklumat perisikan hendaklah ditapis dan diproses untuk mendapat keputusan yang baik. Kesahihan maklumat mestilah disemak daripada beberapa orang perisik. Kerja ini akan dibuat oleh bilik gerakan. Orang yang menjaga bilik gerakan hendaklah memproses maklumat dan menyalurkan maklumat kebilik gerakan pusat kawasan perlimen. Tindakan segera hendaklah dibuat untuk menjamin isu pembangkang dapat di tutup.

Peranan bilik gerakan dan pengangkutan yang baik merupakan asas kemenangan parti PBB di Sarawak. Ia memang harus dipuji. Pemandu van ini hendaklah dikumpulkan dan diberi taklimat cara berkempen dalam kenderaan. Poster calon yang hendak dipangkah hendaklah diletakkan didalam kereta. Kad kecil calon hendaklah diberi kepada pengundi-pengundi ini.

Membalas serangan lawan. Parti DAP telah berjaya membuat gerakan gorilla ke atas pengundi di Bandar Kuching. Unit tempur DAP semakin hebat menyerang SUPP/BN pada malam terakhir sebelum hari mengundi. Kawasan simpang tiga, Kota Sentosa dan Padungan dikatakan sesak dengan lalu lintas pada malam itu. DAP membahagikan risalah tentang isu-isu. Mustahil SUPP boleh membuat serang balas sebab masa berkempen telah tamat.

Ini adalah kehebatan gerak saraf parti DAP. Semasa proses berkempen ada dalang yang mencetak banner BN yang mencetus isu perkauman. Tulisan kecil pada banner berbau perkauman sengaja menaikkan kemarahan pengundi cina. Ia merasa status quo mereka tergugat. Ia dapat dikesan oleh BN negeri. BN negeri menafikan telah mencetak banner tersebut. Walaupun isu ini tidak berkesan kerana lubang yang ada telah ditampal kembali oleh BN negeri. Isu tempoh pajakan tanah telah betul-betul mendatangkan kesan kepada pengundi cina. Tempoh pajakan cuma tinggal 19 tahun dan bayaran premium tanahnya yang tinggi telah menghangatkan suasana politik. DAP telah memainkan isu ini dengan baik sekali. Akhbar cina menambah masalah kepada BN dengan memberi liputan yang cukup luas kepada parti pembangkang. Bebarapa hari sebelum pilihanraya 6 orang wakil rakyat SUPP telah berkumpul dan bermesyuarat di pejabat tanah Regional Kuching. DAP juga ingin hadir dalam mesyuarat tetapi telah dihalang oleh penguatkuasa Pejabat Tanah. Ia telah mendapat liputan meluas dalam akhbar Cina. Ini telah menjadi topik hangat surat khabar cina.

Saya tidak fikir jentera DAP terlalu hebat. Mereka berjaya menggunakan isu yang sesuai yang telah meningkatkan sokongan terhadap mereka. Kawasan majoriti melayu berlainan. Mereka lebih kepada isu pembangunan dan faktor etenik dan agama serta masa depan mereka adalah isu yang sangat penting untuk mendapat undi mereka.

SKU merupakan salah satu potfolio pilihraya yang penting untuk menghadapi corak kempen yang baru pembangkang dan mengubah nasib parti dan mempertahan maruah bangsa, agama dan negara.







Jangan pentingkan diri

Piala dunia sudah bermula. Ia datang 4 tahun sekali. Inilah cabaran yang dihadapi oleh para majikan. Ada yang menyatakan produktiviti menurun bila ada piala dunia. Bagi negera seperti Brazil piala dunia bermakna cuti. Malaysia negara yang juga meminati bola. Banyak perkara yang dapat dipelajari semasa piala dunia ini. Kesetiaan pemain kepada negara memang diuji semasa piala dunia ini. Jurulatih Togo meletakkan jawatan kerana masalah bonus pemain tidak dibayar. Maruah negara menjadi perkara kedua. Jurulatih ini bukan rakyat Togo, tapi kita puji pemain Togo tetap akan bermain.

Saya tertarik kepada kata-kata pemain England Rio Ferdinand.

" Jika kita pentingkan diri sendiri dan memikirkan hal peribadi kami tidak akan ke mana-mana "

Sememangnya benar apa yang diperkatakan oleh pemain ini. Memetingkan diri di dalam sesebuah organasasi menyebabkan ianya lumpuh. Parti Politik akan kecundang kalau ramai ahlinya pentingkan diri. Orang melayu akan ketinggalan kalau pentingkan diri sendiri. Pemimpin hendaklah dahulu menjauhi sikap mementingkan diri. Kehebatan orang melayu akan terserlah kalau mereka berkerjasama. Pengikut akan bekerja dengan ikhlas dan bersungguh tanpa ingin mendapat apa ganjaran kalau mereka tahu maktlamat perjuangan mereka. Berapa ramai mereka ini bekerja tanpa memikirkan ganjaran wang. Memang tidak dinafikan wang itu penting. Kalau mereka adalah orang kampung. Tidak ke sawah atau ke laut bermakna tidak ada wang untuk keluarga. Ini adalah satu masalah yang biasa di dengar oleh YB kita di kawasan pendalaman. Kalau dahulu zaman bapa saya, berpolitik adalah untuk maruah, bangsa dan agama.

Pada tahun 1999 seminggu selepas keluar hospital, bapa saya pergi membuang undi. Saya masih ingat lagi membawa bapa yang berusia 72 tahun ke tempat membuang undi. Walaupun dalam keadaan sakit dia tetap mengundi. "Ini masa depan kita" kata bapa saya. Sepanjang hidup saya tidak pernah saya lihat bapa terlibat dalam politik atau apa juga parti. Dia pernah cerita membantu kempen piliharaya semasa muda dulu. Susah seringkali bermain di bibirnya. "Parti Tok Openg" katanya. Ibu tidak minat politik tetapi dia adalah penyokong setia BN. Memang dia fanatik BN. Dalam usia 73 tahun dia telah merasa suka duka kehidupan. Pada dia BN masih releven dengan kehidupan ini.

Bagaimana dengan kita generasi muda. Mereka ini dikatakan generasi yang bijak dan pandai. Memang generasi muda ini akan mencorakkan kehidupan negeri Sarawak. Jatuh bangunnya bangsa melayu terletak di tangan mereka. Sedih kita lihat remaja-remaja yang rosak dan terlibat dalam budaya samseng. Ramai remaja di kawasan pendalaman seperti Pusa, Beladin dan Meludam misalnya meminum minuman keras. Cap Apek jenama arak murah yang dibungkus dalam plastik merupakan arak yang digemari mereka. Seringkali kita terserempak dengan remaja yang keluar dari pintu pagar sekolah sambil menghisap rokok. Apa yang dapat kita buat dengan mereka? Mereka ini seperti tidak ada matlamat hidup sahaja. Sedih dan sesuatu patut dilakukan sesuatu keadah yang lebih agresif untuk menyelamatkan mereka. Perubahan drastik patut dilakukan untuk mengubah remaja ini. Kerajaan telah menjalankan program Khidmat Negara. Saya sendiri pernah terlibat sebagai Jurulatih Kenegaraan pada awal pengenalan Khidmat Negara. Remaja yang keluar dari Khidmat Negara yang saya kenal memiliki jati diri dan bermatlamat dalam hidup.

Pembentukkan remaja yang hebat hendaklah bermula dari rumah. Kekuatan seseorang remaja adalah bergantung kepada beberapa pekara termasuk suasana dalam keluarga. Kalau di kampung dahulu seorang remaja dijaga oleh semua orang kampung. Orang-orang tua di kampung boleh menegur dan memarahi remaja ini kalau membuat benda yang tidak baik. Emak dan bapa akan berterima kasih kalau anak mereka ditegur. Kini keadaan telah berubah kita tidak berani nak tegur walaupun anak jiran kita.

Paradigma masyarakat melayu Sarawak di kampung yang memeting diri sendiri memang tidak ada dalam kamus. Semasa kenduri kahwin orang kampung akan tolong-menolong di antara satu dengan yang lain. Tradisi ini kini beransur-ansur hilang terutama di kawasan-kawasan pinggir Bandar dan Bandar seperti penempatan baru, perumahan baru dan beberapa tempat di Kuching. Semangat ini telah hilang kebanyakan mereka mengunakan katering. Golongan Pemuda akan turun menolong di rumah-rumah yang membuat majlis kenduri semakin hilang.

Saya teringat saya pernah membantu kawan-kawan cetak bendara BN dan juga cetak banner PERMAS. Jarak antara rumah adalah di depan dan rumah belakang sahaja. Mengantung poster juga dibuat oleh kami. Postar pembangkang atau BN semua yang kami buat. Kerjasama begitu erat sekali. Entah kini senarionya bagai mana. Wang. Wang tidak ada kerja tidak jalan. Jentera parti tidak digerakkan kalau tidak ada wang. Hilang sudah keikhlasan bekerja untuk parti. Kawan saya yang tinggal di Batu 12, menyatakan Jentera parti belum digerakan sedangkan penamaan calon telah dilakukan. Nasib baik calon BN menang. Kalau di negeri Kelantan jentera lumpuh alamat calon kalah.

Negara akan musah kalau generasi muda tidak hidup bermaktlamat dan tidak tahu arah tuju mereka. Kita yang tahu harus membantu mereka. Kerana kita pernah remaja walaupun zaman kita tidak sama dengan zaman mereka. Bantu, tolonglah mereka ini untuk mengenal identiti bangsa. Hanyut belia musnahlah kita.

Kehebatan Melayu Sarawak di Mata Raja Brooke

Masyarakat Melayu Sarawak adalah mesyarakat persisir. Mereka mendiami di sepanjang sungai dan laut Sarawak. Ramai penulis menyatakan istilah Melayu yang digunakan diSarawak adalah longgar. Mereka seperti Abang Yusuf Puteh,Harrisson dan King menyatakan istilah masuk melayu, yang berkaitan dengan perkembangan dan perluasan agama Islam di Sarawak. Orang Arab, keturunan Cina, melayu Kalimantan, Boyan, jawa juga dikatakan melayu setelah mereka memeluk agama Islam dan mengamalkan bahasa melayu dan adat resam melayu.

Menurut Pringle (1970) sebelum kedatangan Brooke istilah melayu tidak wujud. Apa yang ada adalah penduduk Sarawak mengenali diri mereka berdasarkan kawasan atau nama. Ia berlaku setelah Brooke memerintah untuk memudah pentadbiran.

Penulis yang bernama Everett menyatakan Brooke sentiasa mempunyai perasaan curiga kepada orang melayu terutama perdagang hingga tidak membenarkan mereka tinggal berdekatan dengan kaum lain. Sifat curiga ini menyebabkan orang melayu tidak disuruh bercita-cita tinggi

Pringle,1877 dalam bukunya menyatakan dari kaca mata Brooke “Ambition, ability and high rank in a Malay chief were………the essential attributes of a trouble maker”

Keupayaan pembesar-pembesar melayu dalam menjaga kepentingan kerajaan Brooke telah memberi kesedaran kepada mereka kepentingandan kebijaksanaan pemimpin melayu dari segi politik. Brooke juga mendapati penasihat pemimpin melayu bijak dan menguntungkan. Brooke juga sedar kebanyakan pemimpin melayu mempunyai sifat hati-hati dalam percakapan yang tidak mahu memalukan orang lain “tact” dan kebijaksanaan. Brooke amat menghargai pertolongan putera melayu dari Brunei. Orang melayu juga dikatakan oleh penulis seperti Ward, Payne dan St, John sanggup berkorban taat setia kepada raja dan kawan sehingga mengadai nyawa.

Sebelum era Brooke, orang melayu Sarawak telah berlayar hingga ke Singapura. Mereka merupakan pelayar yang handal. Pedagang melayu Sarawak membawa sagu, anatomi, emas sarang burung, damar , ikan masin, sirip yu beras dan kamur barus.

Orang melayu juga dikatakan mempunyai sikap ingin tahu yang tinggi tentang apa yang berlaku disekeliling mereka.

Dipetik berdasarkan tulisan asal Awg Hasmadi Awg mois; Masalah Masyarakat Melayu Sarawak dan pembangunan, Himpunan kertas Seminar Budaya Melayu II, 1998


Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger