Latest Article Get our latest posts by subscribing this site

Penyebar fahaman Komunis dalam UMNO

Menurut Khairi Jamaludin, Pemuda telah berjaya membongkar kegiatan komunis dalam UMNO dengan tertangkapnya Datuk Abdulah Ahmad, Datuk Abdul Majid dan Khalil Akasah dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana menyebar fahaman Komunis pada 2 Nov. 1976. Datuk Abdullah Ahmad dan Abdullah Majid merupakan pembantu kanan kepada Tun Abdul Razak semasa hayatnya.

Khairi Jamaludin, Hasan H & Wak Nahar K, PUTERA MERDEKA Cermerlang Gemilang Terbilang, iBook Publication Sdn. Bhd. 2004,

SLOGAN PEMUDA UMNO

HIDUP MELAYU 1948

Slogan ini telah dipegang teguh oleh Kepten (Tun) Hussein Dato' Onn dan juga menjadi teras perjuangan ayahnya.

MERDEKA ( 4 Feb 1951 )

Slogan ini dicadangkan oleh Tan Sri Abdul Samad Idris dalam satu mesyuarat di Kuala Pilah dalam mesyuarat Perikatan Pemuda. Gharieb bin Raof dari perikatan pemuda negeri Johor di pilih untuk membawa usul dalam Mesyuarat Agung UMNO di Kuala Lumpur pda 24 dan 25 Mac 1951. Ia mulanya ditentang oleh beberapa pemimpin termasuk Dato' Onn Jaafar selaku Yang dipertua UMNO. Undi sulit telah dibuat dengan 34 orang daripada 69 orang setuju.

PEMUDA TAHAN LASAK

Senu Abdul Rahman telah menubuhkan Pasukan Tahan lasak di tubuhkan melalui khemah kerja dimerata pelusuk semananjung. Bahagian Pemuda telah diarah memilih ketua berkebolahan dan mengwujudkan ~ 100 orang Pemuda Tahan Lasak di setiap bahagian.

Pemuda juga telah menubuhkan Syarikat Talasco Berhad yang dikenali oleh ahli-ahlinya.

Gerakan Revolusi Mental

Beliau juga menubuhkan gerakan ini yang merupakan satu usaha mengubah cara berfikar orang melayu dalam menghadapi perubahan pembangunan.

PEMUDA HARAPAN BANGSA

Slogan ini telah digunakan oleh Senu Abdul Rahman untuk menasihatkan ahli-ahli Pemuda taat kepada pucuk pimpinan.

PEMUDA PELOPOR PEMBANGUNAN

Slogan telah diperkenalkan oleh ketua Pergerakan Pemuda Malaysia ke V (21 Jan 1971) iaitu Datuk Harun Idris. Kosep yang dipegang adalah jujur, tegas dan bersih

GINGER GROUP/ KUMPULAN HALIA (26 Julai 1976)

Syed Jaafar Albar (Singa UMNO) yang menganti Datuk Harun telah memperkenalkan Ginger Group iaitu walauun halia itu pedas tetapi berkhasiat. Teguran telah dibuat secara halus dan ianya dapat diterima pucuk pimpinan.

ERA BERTINDAK

Datuk Suhaimi bin Datuk Kamaruddin mengantikan Syed Jaafar Albar (14 Sept 1987). Beliau telah menukar Slogan Ginger Group kepada ERA BERTINDAK. Bertindak sebagai sayap kanan UMNO. Beliau membawa pemuda kepada kegiatan keagamaan dan berpegang kepada Prinsip Islam Benteng Kepada Masalah.

PEMUDA PENGERAK ZAMAN

Di bawah kepimpinan Dato Seri Anwar Ibrahim pemuda dilihat mempunyai ketahanan dan keazaman yang tinggi dalam melancarkan pentadbiran negara.

TANPA AKAR YANG TEGUH SUDAH SEMESTINYA SEBATANG POKOK AKAN MUDAH TUMBANG. TANPA AKAL YANG CANGGIH, SUDAH SEMESTINYA TIDAK DAPAT MENCIPTA SATU YANG BARU.

Dato' Seri Najib mempunyai alasan sendiri kenapa memilih slogan panjang ini. Ciri akar yang teguh bagi pemuda ialah mempunyai semangat yang kental dan mantap. Kedua akar yang teguh dari segi agama iaitu ketakwaan terhadap Allah s.w.t. Dengan gabungan ini, bangsa Melayu mestilah mempunyai dua asas utama iaitu adat dan agama.

Idea kedua berakal Canggih ialah berfikir secara rasional, keterbukaan fikiran sesuai dengan tuntutan zaman moden; kecintaan kepada ilmu pengatahuan dan penguasaan terhadap sains dan teknologi.

Untuk menyiapkan anggota pemuda dengan semangat perjuangan yang tinggi serta ciri-ciri kepemimpinan, Dato' Najib telah menegaskan bahawa ianya tidak dapat dilakukan dengan bermodalkan lidah dan semangat semata-mata. Selaras dengan itu satu siri kursus dengan kerjasama BIRO TATA NEGARA TELAH diadakan. Kursus yang dinamakan Wira Waja ini telah diadakan disetiap negeri dan diadakan di Kem Bina Semangat Port Dickson.

Dipetik dari buku,

Khairi Jamaludin, Hasan H & Wak Nahar K, PUTERA MERDEKA Cermerlang Gemilang Terbilang, iBook Publication Sdn. Bhd. 2004, harga RM10.00

KEBIJAKSANAN TUNKU ABDUL RAHMAN


Pada 1 Januari 1956, delegasi rombongan kemedekaan bertolak dengan kapal laut MV. Asia dari Singapura ke Karachi. Tuanku menggunakan kapal laut kerana sebagai salah satu cara bagi memberi peluang keemasan kepada beliau berbincang dengan wakil raja-raja bagi mendapatkan persetujuan sebulat suara demi kemerdekaan Tanah Melayu.

Tuanku mungkin telah mendengar khabar angin bahawa DYMM Sultan Ibrahim, Johor tidak setuju Malaya mecapai kemerdekaan secara tergesa-gesa. Menurut Mohd Abid, Ibu tiri beliau Datin Saleha Onn memberitahu beliau bahawa bapanya (Dato' Mohd Seth) telah diberi arahan oleh oleh DYMM Sultan Ibrahim supaya jangan memberi sebarang persetujuan muktamad bagi pihak beliau. Walaubagaimanapun Dato' Mohd Seth telah membuat kajian sendiri. Peluang dalam Kapal telah digunakan dengan sebaiknya. Apabila Tuanku berada di Karachi Tuanku telah mengambil keputusan bertolak ke London dengan kapal terbang.

Di London, wakil dari Johor telah secara sengaja telah diletakkan terakhir berucap di hadapan Alan Lunnox-Boyd. Semua deligasi memberi tumpuan ke arah wakil Johor ketika berucap. Sekiranya beliau tidak setuju maka kemerdekaan mungkin ditangguhkan. Wakil Johor telah dengan tegas dengan sepenuh hati bersetuju supaya Malaya mencapai kemerdekaan dengan serta merta.

Sekembalinya di tanah air Dato' Mohd Seth telah mengemaskan barang-barang kerana beliau menyangka DYMM Sultan Ibrahim akan murka kerana mengingkari perintah beliau. Sesiapa yang membuat baginda murka akan dibuang negeri.

Dipetik dari;

Mohdmed Abid, Imbasan Peristiwa-Peristiwa Sebelum Kemerdekaan Malaya, Pelanduk Publication, 2003, ms. 75 - 83

PERSELISIHAN FAKTA

Kajian yang dijalankan oleh Ramlah Adam, menunjukkan Tuanku menggunakan perlayaran itu untuk memujuk dua orang wakil raja melayu iaitu Dato' Nik Ahmad Kamil bin Nik Mahmod iaitu menteri Besar Kelantan dan Aziz bin Abdul Majid, Menteri Besar Selangor bukannya Dato' Mohd Seth. Ini adalah kerana menurut beliau empat Menteri Besar lain iaitu Dato' Kamaruddin (Terengganu), Dato Syeikh Ahmad (Perlis), Tengku Mahmud dan Dato' Mohd Seth sendiri adalah penyokong kuat UMNO.

Kata-kata Tunku yang dipetik oleh beliau adalah

Judging by the discussions already held, deep in my heart I was not convinced that we had reached complete understanding yet. We must have unity of mind and outlook. We must not allow any rift to develop. If we were devided, we would lose

Menurut Ramlah Adam, Tunku telah memencilkan Dato' Pangilma Bukit Gantang (DPBG) ketua rombongan Raja Melayu, yang mempunyai pendapat yang berbeza dengan Tunku. Mereka adalah musuh dalam pilihraya 1955. DPBG Parti Kebangsaan Perak telah kalah kepada Tunku, UMNO. Tuanku menonjolkan Ghazali jawi sebagai menteri besar. DPBG telah menggunakan kapal terbang ke London. Kesempatan ini telah di ambil oleh Tuanku mempengaruhi rombongan wakli raja-raja lain yang menggunakan kapal Laut.

Pada pendapat saya penulis pertama cuba mengangkat Dato' Mohd Seth sebagai hero tetapi yang lain tidak diketengahkan. Mungkin kerana Penulis adalah menantu kepada Dato' Seth. Pendapat Ramlah Adam lebih konsisten dan lebih adil.

Dipetik dari buku,

Ramlah Adam, Biografi Politik Tuanku Abdul Putra ,Dewan Bahasa Dan Pustaka, 2004, ms 246 - 251

buku Jutawan Senyap Posted by Hello

Peristiwa 13 Mei 1969

Peristiwa 13 Mei 1969, merupakan peristiwa hitam negara yang sukar untuk dilupakan. Banyak bangunan di Kuala Lumpur telah di bakar. Mayat telah dibakar bersama-sama dalam satu lubang. Ia telah menyababkan dunia gempar dimana rekod bersih negera yang aman telah tercemar.

Pada 24 April 1969, sebelum hari mengundi seorang pekerja UMNO di Jelutong ,Penang telah di bunuh pada pukul 8.30 malam. Encik Kassim B. Omar telah melihat sekumpulan remaja berkumpul, dia memberhentikan motosikalnya kerana mengsyaki ada kemalangan telah berlaku. Dia menghampiri mereka dan kemudian diserang dengan kejam sehingga meninggal. Mayatnya telah dicat Merah.

Pihak Komunis telah membuat provokasi ke atas pihak berkuasa terutama Polis. Mereka mengumpul remaja di beberapa tempat mengganggu ketenteraman awam. Mereka mengecat papan tanda dengan cat merah dan berkumpul hingga larut malam.

Pada 6 mei 1969, enam hari sebelum hari mengundi, tiga orang pegawai Polis menghampiri sekumpulan remaja dari Kepong yang sedang mengecat papan tanda jalan dengan warna merah. Bila disoal pihak Polis mereka telah bertindak membaling besi, kayu dan benda tajam ke arah Polis. Polis melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri. Lim Soon Seng telah ditembak dan mati di hospital. Mayatnya tidak dibawa balik ke Kepong tetepi telah di arak di Chinatown, Kuala Lumpur.

Pada 7 Mei, 1969. Anggota keluarga telah meminta kebenaran mengadakan perarakan pada 10 Mei 1969 iaitu jatuh pada hari mengundi. Pihak Polis tidak memberi kebenaran.

Pada 8 Mei ,1969, Parti Buruh (wakil Yap Kau Ahli jawatan kuasa Parti Buruh cawangan Kepong, Miss Tan dan Syed Hamid) telah membuat desakkan. Mereka juga meminta supaya pihak Polis tidak mengunakan Unifom bagi menjaga hati keluarga si mati dan kemudian kebenaran telah diberi pada 9 Mei 1969. Beribu orang telah berkumpul untuk upacara perarakan penkebumian. Jumlah ini melebihi 1000 orang yang diberi kebenaran. Mereka melanggar peraturan dengan menggunakan Jalan Petaling daripada manggunakan bulatan Merdeka. Di antara Selogan pada Poster yang mendakwa " Tuanku Abdul Rahman Regim yang Kejam" dan " Pemikiran Mao boleh diajar disini". Poster muka Mao telah ditampal dan dibawa ke merata tempat. Upacara perkebumian telah bertukar kepada demontrasi Politik oleh pihak Komunis. Demontrasi tersebut sepanjang lapan batu telah mendapat perhatian di kiri dan kanan jalan.

Pada 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon dari Parti Gerakan mahu mengadakan perarakan kemenangan di dalam kawasan Parlimen ya Batu dan Jalan Ipoh. Perarakan yang telah di persetujui bermula 5.30 petang berakhir sejam kemudian. Walaubagaimanapun pengikutnya tidak mematuhi jalan yang telah ditetapkan. Mereka berkelakuan seperti samseng di atas jalan. Setengahnya berdiri di atas jalan di hadapan rumah Menteri Besar di Jalan raja Muda. Mereka berteriak "Menteri Besar Balik Kampung" dan " Jawatan Menteri Besar di serahkan kepada bukan Melayu". Pihak Parti pembangkang telah memalu orang Melayu dengan memanggil mereka "belacan" , memberitahu mereka balik kampung jika tidak mati. Kamudian perarakan menuju ke kampung Baru. Ini menaikkan kemarahan orang Melayu di Kampung Baru. Kampung Beru adalah kampung di tengah Kuala Lumpur yang di diami oleh tidak kurang dari 30,000 orang. Ketua parti Gerakan memohon maaf dari Polis kerana tidak dapat mangawal keaadaan.

13 Mei 1969, satu mesyuarat telah diadakan dirumah Datuk Ahmad Razali, Setiausaha Menteri Besar di Jalan Raja Muda K.L. Ia membincangkan perarakan perkebumian dan parti Gerakan. Keesokan harinya mereka telah memohon mengadakan perarakan. Mesyuarat tersebut telah dilaporkan kepada Datuk Nik Hassan (Setiausaha sulit Tunku Abdul Rahman) . Ia bertujuan memohon jasa baik Tunku. Datuk Nik Hassan telah memberitahu perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Tunku. Persediaan Perarakan telah dibuat di rumah Ahmad Razali. Pada pukul 5 petang orang ramai telah sampai di rumah Menteri Besar Dtk. Harun Idris. Rumah mereka tidak jauh antara satu sama lain. Beribu-ribu orang telah berkumpul di rumah Datuk Harun Idris bagi menunjukan UMNO masih mengawal kerajaan. Pada pukul 6.00 petang mereka yang berkumpul di kampung baru telah menerima berita ahli UMNO di kawasan Setapak telah diserang.

Berita tersebut telah menimbulkan kemarahan mereka. Keadaan menjadi tidak terkawal sehingga menyebabkan pergaduhan besar berlaku di kampung Baru.

Pada 14 Mei 1969 Kuala Lumpur menjadi lengang. Bangunan menjadi hitam dan masih terbakar. Kereta Polis dan Tentera sahaja yang kelihatan di jalan raya. Ramai yang mengikuti perarakan Kampung Baru terperangkap di masjid dan dewan di Kuala Lumpur. Masjid di Kampung Baru dan Dato' Keramat penuh dengan orang ramai. Timbul masalah kekurangan barang makanan. Kedai dan market ditutup. Datuk Harun telah mengunakan pengaruhnya bagi membolehkan towkays yang dikenalinya membuka kedai bagi membeli makanan. Makanan juga di dapati dari Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

Tan Sri Mansor Mohd Nor, seorang pegawai Polis telah mendapatkan bus bagi manghantar merka ini balik.

Dipetik dari

Shariff Ahmad, TUN RAZAK Prince Of Titiwangsa , Penerbit Utusan Publication & Distribution Sdn Bhd. hlm.15 -19 Lihat juga Tunku Abdul Rahman " Before and After May 13"

Hancurnya kerajaan Melaka, 1511

Nina Chetu - adalah seorang India Muslim telah mengkhianati bangsa melayu. Dialah yang memecahkan rashia Melaka dan menjadi tali barut Portugis. Dia bersekongkol dengan musuh negara demi mendapat sedikit kepentingan diri. Maklumat -maklumat yang disampaikan kepada Ruy D'Aranso semasa Ruy berada di dalam penjara Sultan Mahmud. Maklumat-maklumat ini dihantar melalui surat kepada Alfonso D' Albuquerque. Ini memudahkan kerja beliau menawan Melaka.

Sebelum ini kita juga mendnagar Tun Ali dan Tun Mutahir yang mendapat pangkat tinggi hasil dari dakyah dan fitnah yang mereka taburkan disamping mengambil kesempatan memperkayakan diri. Mereka telah merebut segala peluang yang terluang dengan menggunakan kelemahan-kelemahan orang melayu Melaka yang rata-rata alpa.

Tun Ali menjadi bendahara Melaka selepas kematian Bendahara Seiwak Raja, ayahanda Tun Perak dagan dakyah dan tektik kotor memfitnah serta membusukkan orang lain, sehingga Tun Perak, pewaris Sah tersingkir dari gelarannya menjadi Bendarhara Melaka.

Sultan Muzaffar Shah, Raja yang memerintah ketika itu tidak senang dengan sikap dan sifat buaya darat Tun Ali dan mencari peluang untuk menyingkirkannya dan peluang itu tiba bila Tun Perak menunjukkan keperwiraannya dalam pelbagai bidang.

Tun Ali sedia memberi laluan kepada Tun Perak dangan syarat,Sultan Muzaffar Shah bersetuju menyerahkan Permaisuri baginda, untuk diperisterikan oleh Tu Ali. Satu peras ugut yang begitu hina dalam sejarah. Demikianlah seluruh bangsa Melayu di Melaka ketika itu terhina melalui aib dan ketidakupayaan raja mereka yang merupakan lambang ketuanan Melayu.

Tun Mutahir, India Islam, menjadi bendahara Melaka selepas kematian pengganti Tun Perak iaitu Tun Puteh. Tun Puteh mati diracun oleh Tun Mutahir. Tun Mutahir lah yang menjadi petualang besar yang bertanggungjawab merosakkan kerajaan Melayu Melaka. Dialah yang menerima kedatangan Portugis dengan rasminya, memberi peluang kepada penjajah itu untuk bertapak dan akhirnya telah dihukum mati oleh Sultan Mahmud. Sultan Mahmud tidak sempat memulihkan kerajaanya yang banyak rosak oleh petualang Tun Mutahir sehingga membawa kepada kejatuhan Melaka pada 1511.

Di petik dari Kambali Da oleh Haruon Perancis , Mahathir Di ambang Senja, S.H. Alattas

Hot Download

 
Support : Official Site | Islamik Info | directory
Copyright © 2013. Tonton TV3 - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Bersama happysus
Proudly powered by Blogger